Sunday 25 November 2012

Samseng Jalanan

Air sungai ditenung Rizal dalam-dalam. Tak berapa deras, tak berapa slow.
“hoii,” tangan kanan Izzati memukul bahu kiri Rizal, sepupu dan rakan sepermainan dia.
Tersentak. Agak terkejut tapi Rizal masih berlagak cool. Izzati duduk bertentangan dengan Rizal atas kayu reput tepi sungai.
“mak kau risaukan kau,”
Izzati memulakan perbualan. Berhati-hati dalam bicaranya.  
“emm.”
Acuh tak acuh Rizal menjawab. Tangan dia mencapai ranting kayu dan menguis tanah.
“emmm, kau tahu kan aku nak cakap apa?”
Rizal senyum nipis. Kening diangkat.  Nafas ditarik dan dihembus dengan kuat.
“kau tak takut mati ke?”
Izzati agak gelojoh menyoal.
“mati kat mana-mana je, kalau tak merempit, aku akan mati juga, kau pun.” Rizal jungkit kening lagi.
“Apa kau rasa eh, bawak motor laju-laju, buat aksi yang bahaya to the max, tak bersalah ke  buat jantung orang lain macam nak terkeluar?”
Nada Izzati sedikit emosi. Alahai perempuan, cakap sedikit terus nak emosi.
“apa yang aku rasa?”
Rizal senyum. Izzati agak pelik.
“Aku rasa macam hero.”
“eh? Gila!”
Nada Izzati masih lagi emosi. Zapp. Satu jelingan dihadiahkan.
“heh, apa lak gila, betul la, rasa macam kereta, lori, segala gajah badak yang ada kat atas jalan tu musuh!”
Izzati merenung Rizal dalam-dalam. Rizal masih berlagak selamba.
“kau amik syabu ke? Pil kuda? Ice? Hah? Kau amik kan? Jangan nak tipu.
***
“weeii cubalah ni, release tension gua cakap sama lu, bawak motor laju-laju pun tak takut, macam dalam game! kereta, lori, segala gajah badak yang ada kat atas jalan tu musuh!”
Tapak tangan Amir menghulur benda yang seakan ubat.
Rizal mendengus. Kening dijungkit.
“apa ni? Syabu? Ice? Gua tak main lah benda macam ni, tak jantan!”
Rizal tekad dengan keputusannya. Sampai bila-bila tak kan berubah. Dia bukan senang terpengaruh.
***
“hoiiii, kau jangan nak tipu aku, cuba jujur dengan aku,”
Izzati terus mendesak. Rizal naik rimas.  Bahu di jungkit tanda tak tahu.
“huh, kau ni tak pernah serik ke? Aku nak tanya kau ni, tak pernah ke kau rasa nak  berubah?”
“mat rempit tak pernah kenal erti serik,”
Rizal masih cool.
“hurmmm, 23:115! Kau tahu tak ape tu?”
Rizal tenung Izzati dalam-dalam. Baru je bibir atas dia terbuka untuk berbicara, Izzati sudah memotong.
“kau tak tahu kan? Tu surah Al-mukminun, maksud ayat tu macam nak cakap yang kita diciptakan bertujuan, sampai masa kita akan kembali pada Dia.
Apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa tujuan)                      dan bahawa kamu tidak akan kembali kepada kami?” 23:115
“emmm,”
Rizal senyum sebelah pipi. Agak sinis.
“kau ni kan, tak kesian ke kat mak kau, siang malam susah..”
Belum sempat Izzati menghabiskan ayatnya, Rizal terus memotong.
“aku dah lama tak race, dah nak dekat sebulan,”
Nada suara Rizal agak perlahan, muka dia ditundukkan.
“sebab Amsyar? Sebab dia dah takde?
Muka Rizal ditundukkan.  Nafas ditarik panjang-panjang dan dihembus perlahan.
“tak cukup ke contoh depan mata?” nak ke mati katak macam Amsyar tu, tak sempat taubat.”
Izzati agak lantang, dia cuba sedaya upaya mengawal emosi.
“kita tak tahu pengakhiran seseorang, tu semua kuasa Allah,”
Rizal membalas, malas mencari gaduh. Izzati senyum sinis.
***
Sebelum kematian Amsyar.
“Syar betul ke kau tak nak join kita orang? Kenapa tetibe je kau tak nak race?”
Rizal hairan dengan perubahan kawan baik dia.
“semua orang ada turning point zal,”
Amsyar senyum.
“alaaa, sampai masa kita berhenti lah race, dah kahwin, ada anak bini berhentilah, ni zaman enjoy lagi,”
Rizal tak nak mengalah memujuk.
Ringtone henset Rizal memekak memecahkan suasana. Riak muka Rizal ketara serious.
“Asal Zal?”
Laju Amsyar menyoal selepas Rizal meletakkan telefon dalam kocek seluar jeans lusuhnya.
“Syafik weii, dia kena bantai dengan geng Topei. Jom cepat tolong dia,”
Rizal dah menyarungkan helmet merah di kepala. Dah ready nak ‘berjuang’. Geng-geng rempit dah macam adik-beradik. Sorang kena pukul semua terasa.
“Masjid kat depan tu je, kita solat  Isyak dulu, mati kang sia-sia,”
Amsyar dah ready atas motor EX5 merahnya.
“tapi weeeiii..”
Tak sempat Rizal menghabiskan ayat, Amsyar dah tenung Rizal dalam-dalam. Rizal terpaksa akur.
Selepas solat, dia dan Amsyar pecut laju-laju, tak tahu berapa laju. Yang pasti Amsyar lagi laju.
“Ammmmmsyyyaaaaaarrrrrr!!!”
Rizal spontan men jerit nama Amsyar selepas mendengar bunyi yang kuat. Motor Amsyar dirempuh lori. Badan Rizal menggigil. Dia keliru. Sedih. Marah. Geram. Semua terlalu pantas. Tak sampai 1 minit.
***
“dah la, aku dah nasihat, kau nak dengar tak nak dengar kau punya pasal,”
Izzati mengeluh. Malas dan letih memujuk. Penat dengan angguk dan geleng sepupu dia. Dah macam bercakap dengan tunggul, sepatah cakap, sepatah dia jawab. Dia meninggalkan tempat duduk  dia. Dua tiga langkah berjalan, Rizal menegur kembali.
“Zati,”
Izzati menoleh perlahan. Langkah di berhentikan.
“49:12,”
Rizal menutur dalam nada yang perlahan.
“errr, apa tu weeii?”
Muka Izzati sudah berkerut . Agak terkejut sepupu dia tahu dan menghafal beberapa tafsir ayat yang dia pun tak tahu. Rizal senyum dan mukanya ditundukkan. Batu kecil dicapai dan dilempar ke sungai.

-tamat-
“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang” 49:12
______________________________________________________________________________

Everybody deserves future. Everybody deserves love. Everybody deserves somebody. Everybody deserves a smile. Everybody deserves happiness. Everybody deserves second chance. Everybody deserves respect.

Everybody deserves.

2 comments:

  1. suka ayat nie..


    Everybody deserves future. Everybody deserves love. Everybody deserves somebody. Everybody deserves a smile. Everybody deserves happiness. Everybody deserves second chance. Everybody deserves respect.

    salam singgah dr:
    redapplesdiary.blogspot.com

    ^_^

    ReplyDelete
  2. hehe..thanks..nnt kita sggah blog awk pulak ^^

    ReplyDelete