Sunday 26 January 2014

Ammar :)

“adik buat apa sorang-sorang dekat sini ni?”  Akhirnya Maria dah jumpa kekuatan membuka mulut. Kalau tak, hampir setengah jam, dia hanya duduk dan jadi  pemerhati budak lelaki yang mungkin berumur 7 atau 8 tahun bermain seorang diri di taman permainan tu.
“tunggu ibu, doktor kata ibu sakit teruk, doktor bawa ibu masuk bilik istimewa kejap,” wajah tenang budak lelaki itu terpamer. Seolah tiada apa yang berlaku. Budak kecil mungkin.
“Ibu sakit apa?” Beriya Maria bertanya. Mencari jawapan untuk rasa ingin tahu dia.
Budak kecil bernama Ammar itu hanya tunduk. Diam.
Lama Maria menunggu. Tiada jawapan.
“Ammar tak tahu,” akhirnya dia bersuara. Lemah. Antara dengar dengan tidak.
“oo, Ammar. Ammar takut ye?” Maria sudah berkira nak pegang erat tangan budak lelaki di hadapannya.
“takut!” sepatah jawapan yan diberi.
“Tapi ibu ajar, kalau takut, sebut nama Allah banyak kali, nanti hilang la rasa takut tu,” entah keajaiban apa yang memberi kekuatan untuk budak yang berumur  tujuh tahun itu. Ceria dan mampu tersenyum lagi.
“Akak nak tengok ibu Ammar?” nada Ammar masih ceria. Masih mampu tersenyum.
Tak payah tunggu jawapan, tangan Maria diheret laju ke blok D. Kaki Maria hanya menurut, Berhenti kaki Ammar, berhenti juga kaki Maria.
Dalam perjalanan, tak berhenti Ammar bercerita, ibu dia baiklah. Ibu dia cantiklah. Ibu dia pandai masaklah. Tak lekang celoteh budak kecil itu. Masih ceria. Masih tabah.

***************************************************************************

“Prof, saya keluar awal boleh tak hari ni? 30 minit awal. Boleh?” Maria mencuba nasib dengan prof yang paling garang dalam fakulti Universiti dia.
“untuk?” sepatah nada tegas kedengaran keluar dari bibir prof yang garang itu.
“sepupu saya sakit, nak melawat,” sayu nada yang dilontar Maria. Bukan main-main. Entah kenapa dia terlalu risau. Lain macam hari ini. Dah hampir seminggu dia berulang ke hospital. Melayan kerenah Ammar. Mendengar segala celoteh ceria Ammar. Mendengar harapan dan impian bila ibu dia sedar. Segalanya tentang Ammar.
“O, ok!” Tangan prof tu laju mengemas buku-buku di atas meja. Konon tidak kisah. Konon tidak berhati perut. Ego.
***************************************************************************
Sepanjang perjalanan, bibir Maria tak henti mendoakan. Gelisah lain macam. Apa dah ajdi dengan Ammar dia?
Makin hampir dengan wad 4-14, makin gelisah.Makin tak keruan. Akhirnya dia sampai.
“akak,” teresak suara Ammar.
“Kenapa ni Ammar?” cemas dia menyoal.
“Doktor dah tutup mata ibu akak,” kali ini badan Maria dipeluk erat. Kuat yang teramat. Tak pernah dipeluk seerat itu. Tak pernah budak kecil itu menangis. Tabah dia hari itu rapuh. Sedih Ammar dirasai dengan pelukan yang tersangat kuat.
Tidak meraung. Tidak meratapi. Hanya menangis. Sedar ibu yang ada telah pergi dijemput Illahi. Untuk budak sekecil itu, tabah dia luar biasa. Tarbiyah ibu dari kecil sungguh luar biasa.
Ayat yang keluar dari bibir Ammar masih terserlah ketabahan dia.
“Allah sayang ibu, Allah sayang ibu,” berulang-ulang ayat itu disebut dengan esakan yang makin tidak kedengaran.
***************************************************************************
*Flashback*
“Awak nampak budak kecil baju merah tu?” Doktor poyo itu menuding ke arah seorang budak lelaki.
“kenapa dengan dia?” Maria bersahaja membalas.
“Saya rawat ibu dia, pergilah belajar erti tabah dengan dia,” Doktor itu masih poyo. Hanya memeluk tubuh.
Maria tunduk. Kaki tak bergerak. Keras disitu. Dr Hafiz sudah berlalu. Tapi dia masih tak berganjak. Masih berfikir.
Tarik nafas. Kaki digerakkan.
***************************************************************************
“Dr, terima kasih,” Maria memulakan perbualan. Ammar sudah tenang. Menanti di ruang menunggu untuk membawa ibunya pulang.
“No hal, takdelah awak nampak gelap langit awak je,” Doktor Hafiz tak kesudah dengan nada poyo dia.
Maria tunduk. Hanya tersenyum. Berkira nak pergi tanpa ada ‘a good ending’. Malu dengan doktor muda didepan dia.
Setapak dua dia bergerak. Hati masih berat. Nak ucap terima kasih tak jumpa a good ending.  Atau hanya berlalu pergi macam tak pernah jumpa. Tak pernah kenal.
“Maria! Jaga Ammar elok-elok,” akhirnya, doktor muda itu menoktahkan perakhiran yang agak baik.
Maria hanya mengangguk dan berlalu pergi.
**************************************************************************




p/s
-Dan mati itu bukan perpisahan, tetapi pertemuan kekal abadi dengan Kekasih, Allah.
-Untuk mereka yang pernah hadir dalam hidup dan telah pergi, moga baik-baik di dunia sana, moga ketemu di syurga. Doakan perjuangan aku.
-Untuk mereka yang pernah hadir dan masih hidup, terima kasih untuk semua.