Monday 19 November 2012

Nakal Tapi Baik |part 6|


Aisyah dah siap . Dia dah ready nak ke library. Seminggu je lagi final exam. Dia baru nak cuak, orang lain  sebulan yang lepas dah cuak. Study bagai nak rak. Buku tebal dua tiga dikelek ke hulu ke hilir. Hebat! Dia?  Sebulan yang lalu masih lagi sempat bershopping. Masih sempat online hari-hari. Masih lagi makan, tidur dan online. Dah nak final baru nervous. Time macam ni la baru nak pecut. Tak tidur 2 3 malam sebab study. Tapi masih lagi dalam keadaan relax. Dan hari-hari kopi jadi ‘kekasih’ nya. Dia sangat berpegang dengan prinsip hidup dia yang entah pape.
                         ‘Behind every successful person is a substantial amount of coffee’
Aisyah pandang cermin yang tinggi paras pinggang dia. Senyum lebar.
“ Hai new Aisyah, one step of changing, a very first step.”
Aisyah senyum  sambil kenyit mata. Memang semua perangai dia pelik-pelik. Bercakap, senyum, kenyit mata depan cermin. Farisya, kawan baik merangkap housemate dia dah cukup faham dengan perangai pelik si gadis singa berhati batu yang sorang tu.
***
Sampai je di library dah buat Aisyah stress. Semua orang study macam hape. Sorang-sorang buku tebal tiga empat paling kurang. Muka semua nak stress. Kening semua berkerut-kerut. Ok tu memang betul-betul study. Aisyah mengeluh sambil bibir bawah dia meniup tudung. Comel! Macam biasa, dia cari buku rujukan yang dia nak. Lama-lama mencari hanya satu je buku yang dia nak. Laju kaki Aisyah ke tempat biasa dia study.  Buku di atas kerusi atau di meja. Di tempat RAHSIA. Di penjuru rak paling hujung, yang memang takde orang akan datang. Kasut dibuka, duduk bersila dan bersandar di rak. Port paling baik nak study.
 
“ weeiii, kau tahu tak yang bekas awek Adam tu dah berubah, bajet je lebih.”
Telinga Aisyah menangkap suara perempuan. Agak kasar suaranya.
“alaaa, kejap je tu, nak publisiti murahan la tu,”
Satu lagi suara menyampuk. Yang ni pulak suara agak manja. Aisyah mengintai ke arah rak sebelah tempat dia duduk. Mata dia melilau mencari muka si mulut yang rajin mengumpat. Dia pasti yang konon bekas awek Adam tu dia. Dua-dua tangan dia digenggam. Dia tarik nafas panjang-panjang.
“Sabar Aisyah, sabar,”
Suara dia di lontarkan. Volume yang perlahan sangat. Mood nak belajar dia dah ke laut. Banyak benda yang kacau mood dia nak study.  Agak-agak dah hilang 2 makhluk tuhan yang dia tak kenal tu, dia pun tutup buku. Kasut warna hitam merah disarung. Kaki dia menuju ke rak untuk simpan balik buku yang tak jadi nak baca tu. Kaki dia membawa badan ke café. Perut dia lapar dan dah buat konsert free.
***
Sampai je di café niat nak makan dibatalkan. Semua mata manusia-manusia di café memandang dia. Macam Aisyah seorang alien. Dua tiga kumpulan manusia di beberapa meja makan, berbisik sesama sendiri sambil jeling-jeling pandang ke Aisyah. Semua ni potong mood Aisyah.
“ Dah kenapa dorang ni? Pandang aku macam alien.”
Kali ini, suara dia dilontarkan hanya dalam hati.  Mood nak makan dah ke laut. Dia down. Tapi tak sempat nak down lelama. Dia terus teringat kupasan tazkirah subuh yang dia pergi pagi semalam.
“ kalau nak berubah ni, memang banyak ujian, tu sebab Allah sayang kita. Allah nak uji kita,”
Satu persatu isi tazkirah subuh dia ingat. Yang paling dia ingat ayat dua surah Al-Ankabut.

“Apakah manusia ini mengira yang mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan : “kami telah beriman, sedang kami belum diuji?” 29:2
Bibir dia tersenyum.
****
Aisyah masuk rumah dengan muka moyok. Farisya laju ikut belakang Aisyah. Aisyah masuk bilik, Farisya pun sibuk masuk bilik Aisyah.
“kau kenapa?”
Farisya menyibuk.
“pasal Adam,”
Tekaan Farisya mengena sipi-sipi.
“one of the masalah la,”
“Kenapa?”
Farisya laju menyoal.
“ke kau dah fall in love dengan dia. Yela, dia kan sweet,”
Aisyah jungkit kening kiri.
“define of sweet?”
Farisya sengih kerang sambil jungkit bahu.
“ke sebab dia macho?”
Aisyah jungkit kening lagi.
“define of macho?”
“kau ni, ingat aku kamus bergerak ke?”
Farisya silang kedua tangan. Tak puas hati.
“kau dah fall in love dengan dia kan?”
Farisya taknak mengalah.
“takla! Ee, jangan nak cakap fasal love-love dengan aku, aku ni doktor cinta, aku tau la fall in love ke tak,”
Aisyah angkuh berbicara.
“huh! Ok Dr.cinta, what is love?”
Aisyah sengih kerang. Muka Farisya dah teruja nak dengar jawapan daripada doktor cinta kononya.
“hehe, a four-letter word!”
Farisya kerutkan kening.
“weeiii, apa masalah kau ni yang sebenarnya?”
“Alaaaa, nantilah aku citer, aku nak rehat dulu.”
Aisyah membalas. Antara nak dan tak. Otak dia serabut. Bukan tak nak cerita tapi malas. Time nak exam memang berduyun-duyun masalah datang. Dia stress. Kalau setakat kes dekat library dan café tadi dia tak kisah sangat.  Ini hal lain, tapi masih berkait dengan Adam.
“err, ok, aku keluar dulu, tidurlah,”
Farisya akur dengan permintaan kawan baik dia yang sorang tu.

 p/s terlalu panjang, sorry :)

No comments:

Post a Comment