Tuesday 13 November 2012

Nakal Tapi baik |part 5|

'oii..tengah buat ape?"
Dengan takde salam Farisya terus terjah masuk ke bilik Aisyah.

"terkejut aku, salam mana salam?"
Aisyah membalas sambil mengeluh.

'alaa, kau je pun, busy ke? nak tanya benda ni"
Farisya sengih  dua puluh sen.

'not so busy la, nape?'
Tangan kanan Aisyah perlahan-lahan menutup laptop Dell warna hitam tu.

Farisya sengih lagi, dengan muka tebal takde perasaan malu, dia terus baring atas katil Aisyah.
"hehe, kau dah putus dengan Adam ke?"

HAHA. Aisyah bantai gelak kuat-kuat.

"hoii, aku tanya, asal lak gelak?"
Farisya buat muka tak-puas-hati

"putus? sejak bila aku couple dengan dia?"
Aisyah tahan gelak. Muka masih berlagak cool.

"aku tak pernah couple dengan dia pun, so takde la istilah putus kan?"

"errr..betul ke kau tak pernah couple dengan dia?"
Farisya buat muka tak percaya.

"Betul la, aku pun tak hingin orang macam dia, boleh lak aku nak berubah dia tak bagi, dah tu suruh aku pilih
dia or aku sekarang. Memang tak la  kn? lagipun aku bukan suka sangat dengan dia dan tak serius pun dengan dia. Kau giler ke aku nak serius dengan playboy!"

" HAHA, memang patut pun kau tak serius dengan dia, aku pun bukan  suka sangat dia tu, blerrghh, jiwang karat melampau."
Kali ni Farisya pulak yang bantai gelak kuat-kuat.

"tau xpe, ber "I' 'you' plak. Aku memang tak boleh la kan nak  ber'I' 'you', tak kena jiwa. geliman aku."
Aisyah  buat muka geli.

Bilik Aisyah tetiba sunyi untuk 2 3 saat. Farisya sudah buntu untuk menyambung.

'weeii, kau tak tak yang lately ni aku asyik teringat kawan aku time sekolah dulu je'
Nada Aisyah sudah perlahan, agak serius kali ini.

"aku punyalah benci dia dulu, sumpah weii, meluat yang teramat"

"apa yang dia buat sampai kau benci dia?'
Nada Farisya juga sudah serius.

"dia suka bagi aku tazkirah panjang lebar, aku panggil dia pak ustaz. Alaa, kau bukan tak tahu aku yang dulu macam mana kan? Nama dia Harith, dengar je nama dia dulu aku rasa macam nak pengsan, dah lah cikgu-cikgu suka dia. Harith tula, Harith ini la..sumpah menyampah! tapi dulu la, sekarang ni, kalau jumpa dia balik aku nak minta maaf, dah banyak makan ngumpat aku."

Farisya sengih dua posen
"hehe, cop, cop, dia hensem tak?'

"biasa-biasa jela, tapi baik la"
Aisyah menjawab sepatah.

"ada gambar dia tak?"
Farisya sengih lagi.

'ishh kau ni, dah aku tak suka dia, takkan aku nak simpan gambar dia."
Aisyah membalas sambil menunjukkan muka tak puas hatinya.

'alaa, takkan facebook dia takde gambar."
Farisya masih belum mahu mengalah.

"takdela makcik, aku tak add dia pun. Aku nak sambung citer aku plak ni. hehe. Boleh?
Aisyah sengih kerang sambil buat muka comel.

"hehe. cepat sambung."

"kau tahu tak, dulu dia selalu tegur aku  and it is so annoying. Dah tu dia akan bagi 24:31 kat aku, aku malas nak amik tau ape benda tu, so aku buat tak kisah la. After 3 years baru aku tahu ape tu. HUH."
Aisyah mengeluh dan muka dia ditundukkan.

Farisya masih buat muka 'excited' sambil sengih kerang.
"hehe, apa tu? aku pun tak tahu."

"emm, kejap ye."
Kaki Aisyah laju menuju ke rak buku, tangan kanan dia laju memegang tafsir merah kesayangan dia. Lepas tu, dia terus amik 'port' sebelah Farisya.

Tangan Aisyah laju membuka ke halaman belakang tafsir mencari indeks Al-Quran. Tiga atau empat muka yang terakhir mungkin.

"ok, 24:31, 24 tu surah yang ke 24, tengok ni, surah yang ke 24 ialah surah Al-Nur muka surat 350."
Tangan Aisyah laju membuka ke halaman 350.

"ok, yang 31 tu maksudnya ayat yang ke 31 dalam surah Al-Nur tu."
Kali ini, tangan Aisyah laju mencari ayat yang ke-31 dalam surah Al-Nur. Tangan dia berhenti pada muka surat 353.

"hah, ini pun ayat yang ke 31."
Aisyah tersenyum.

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan mememelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) dilihat. dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke paras dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara-saudara perempuan mereka atau para perempuan  (sesama islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan.  Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang yang beriman, agar kamu beruntung." [24:31]

Farisya masih sengih kerang.
"hehe baru tahu, bagus betul Harith tu. Calon suami mithali. "

Aisyah laju pandang ke Farisya. Tangan kanan dia capai bantal bentuk love. Laju je tangan dia memukul Farisya dengan bantal love tu.

"hoii, ape kau ni? sampai ke situ pulak."

"laaaa, aku bukan cakap kau dengan dia, sensitive betul. Tapi.. kalau kau dengan dia pun ok juga."
HAHA Farisya bantai gelak kuat-kuat.

"weeeiii, dah dah, aku nak tidur, balik bilik kau. HUH."
Tangan kiri dan kanan Aisyah menolak Farisya. Lambat-lambat Farisya bangun dan  keluar dari bilik Aisyah.


Girl Night Talk end.

bersambung..

aci tak nak girl night talk dengan all kesayangans lagi?
p/s  Hidayah milik Allah, tapi hidayah tidak akan datang bergolek, perlu dicari. perlukan kunci. :)
     


No comments:

Post a Comment