Friday 29 June 2012

~Rantaian dosa~

Assalammualaikum..

rantaian dosa, perasan atau tidak banyak je rantaian dosa y kita buat,
TAPI
disini saya ingin menekankan kepada mengumpat.


Mengapa saya katakan mengumpat ni satu rantaian dosa yang selalu kita buat?
ok look!

Situasi 1 :


Si A : wei ak bagitau ni, ko jangan gtau sape2 tau, ko dgn ak je y tau ni.
Si B : ok2, ak jnji xgtau sape2..
Si A : kau tau x, si pulanah bt pulan tu kn...dia kn...bla bla bla..


Si B : weiii , ko tau x, y si pulanah bt pulan tu kn...bla n bla...ko jgn gtau sape2..ko n ak je ni..
Si C : ooo...yeke?? ok2..jnji ler weiii...btw mane ko tau hah?
Si B : alaaa..ade ler...jgn gtau sape2 tau!




ok, sekarang, nmpk tak kenapa sy kata, mengumpat tu satu rantaian dosa..
dan xmustahil Si C memberitahu kepada y lain. betul?
dan saya pasti, dari mulut ke mulut tu ade penambah perasa, biar lebih gempak!


Ayat ni dikira femes ler bila nak mengumpat,

"weiii, ni bukan nak mengumpat tau, tapi nak bgtau y betul je'


Matlamat tak menghalalkan cara, MENGUMPAT TETAP MENGUMPAT!
apa saja keburukan orang lain yang anda perkatakan, itu sudah dikira mengumpat!
hati2. Dan disini, nampak tak betapa liciknya syaitan tu, menggunakan pelbagai helah untuk
menghasut manusia.

Tahu atau tidak, dalam al-quran ada satu surah yang menyatakan tentang pengumpat!
surah ke 104 Al-Humazah (pengumpat)

'CELAKALAH BAGI PENGUMPAT DAN PENCELA'

104:1 
TEGAS!
tidakkah kita takut?
kalau betul takut, jangan buat ye :)

hebat sangatkah anda?
orang yang mengumpat ni, orang yang rasa diri dia hebat!
betul?

"eleh macam ler kau tak mengumpat kn?"


Tipu ler saya xpernah mengumpatkan?
but everyone deserves to change..so do I..
biar entry ini sebagai ingatan untuk saya dan kawan2 yang lain.
Sama-sama kita memperbaiki diri..InsyaAllah.



p/s saya hanya pendengar dan pemerhati pasif, im so sorry for that :(

sincerely,
bakal jenazah.



Friday 8 June 2012

Taat boyfriend??

Assalammualaikum,

'saya xfaham, kenapa mesti minta izin boyfriend kalau nak buat apa-apa? Yang awk perlu minta izin dengan ibubapa awak! bukan dengan boyfriend! xperlu patuh pun dengan boyfriend tu, sebelum kahwin, taat tu untuk ibu bapa, selepas kahwin, taat tu tuk suami. Lagi satu, bertunang bukan tiket untuk pegang2 tangan!'


Status FB saya pada 6.6.2012
saya rasa perkara ini memang sudah lama, tapi tak disuarakan.
saya tiada keberanian untuk menegur, biar laman ini sebagai ganti.

situasi 1:


A : Jom g shopping nak x?
B : jap ye , ak tnye pakwe aku dulu.


situasi 2 :


A : weii, jom teman ak jumpa C
B : alaa, balak aku xsuke C tu, mesti dia marah aku jumpa C tu.

ok, tu sebahagian daripada situasi yang biasa kita dengar.
Saya sebagai manusia yang tak pernah bercinta ni akn dengar dan pandang mcm EH?

saya bukan jeles, tapi PERSOALANNYA kenapa mesti beritahu BF ?
yang anda perlu beritahu tu ibubapa anda.
taat dan patuh anda pada mereka, bukan pada BF!


dan saya biasa dengar ayat ni. *lebih kurang la*

' alaaa, saje nk praktis, nnt da nikah senang, bole jadi isteri mithali'


ape kebendanya nak praktis!
belum tentu yang duk couple sekarang ni jodoh kita.
INGAT!
BF anda mungkin bukan suami anda!
jodoh itu di tangan Allah.
Masih lagi rahsia.
biar taat tu bertempat.
jangan salah taat!


Kenapa perlu patuh pada BF anda? sebab takut nnt dia marah?
Sukacita saya ingatkan, BF anda TIADA HAK untuk marah anda.
ada la bunyi-bunyi

'tak bau syurga nanti'

ape kebenda tak bau syurga nye!
mane ade syurga dibawah tapak kaki BF!

kadang-kadang situasi mcm ni, buat saya fikir, adakah anda lebih pentingkan BF anda?
BF lebih penting daripada ibubapa? o.O
so , after this, girls out there, kalau nak buat apa2, do inform your parents, NOT your BF!
kalau BF anda kecil hati atau marah , biar  je..buat tak tahu! dia tak ada hak pun ok!
kalau dia ugut, nak tinggal kan anda, so let it be..
kalau betul dia sayang anda, dia mengajak anda ke arah kebaikan.
zahirkan perasaan sayang tu dengan cara yang betul.

DAN

Saya cukup pantang kalau orang cakap macam ni,

'kalau dah couple, means dia tu milik kita la'

siapa ajar????
no!!
tekan dengan keras TIDAK!
sedangkan yang bertunang  bole putus, yang kahwin boleh bercerai, apetah lagi yang duk couple ni



perasaan cinta dan sayang tu tak salah, tu fitrah, tapi cara korang zahirkan perasaan tu yang SALAH!


sincerely,
bakal jenazah :)
p/s maaf andai ada yang terasa.