Thursday 20 September 2012

Arggghhh stress!

Sebagai manusia biasa, kita memang takkan larilah dengan tugas dunia ni.
kadang-kadang tu stress to the max dengan tugas dunia ni.
sampai tak tidur sebab nak buat tugas dunia.
Semua DUNIAWI je.

ok, straight to the point apa yang nak saya ketengahkan.

Situasi 1 :

A : Sempat je ko ni pergi shopping time2 busy macam ni kn?
B : Biasalah weeii, release stress! HAHA

Situasi 2 : 
A : Jom pergi dengar ceramah weekend ni. ustaz tu best tau.
B : Lain kali la, tengah busy ni, sekarang musim assingment.

nampak tak?

kita ni kalau nak release tension semua dengan dunia.
Tak malu ke dengan Allah? pinjam semua benda dengan Dia, tapi hak Dia kita abaikan.
why don't we change it? nak release tension dengan cara mendekatkan diri dengan-NYA

Kalau kita dah busy siang hari dengan tugasan dunia, why don't pada malamnya kita cari masa untuk dekatkan diri dengan-NYA.
Kalau siang dan malam pun busy. masa weekend tu, Gunalah sebaik yang mungkin. Janganlah asyik dengan duniawi je. Balance kan la.




So, after this jom trendkan, nak release tension dengan pergi majlis2 ilmu. insyaAllah akan tenang.
Tolonglah percaya kalau nak tenang ni, ingat Allah dah cukup dah. Kepala otak tak serabut punya.
GERENTI!!
Tak percaya?

 "Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang." (Ar-ra'ad:28) 


Sabda Nabi s.a.w:"Aku berpesan kepada kamu semua supaya mengingati Allah, kerana hal itu dapat menghiburkan hati kamu dari segala kesulitan duniawi." (Riwayat ad-Dailami).



See, bukti dah jelas dan nyata. 
So after this, no more 'nak pergi berjimba-jimba sebab nak release stress' ok?


p/s entry ni tuk mengingatkan saya bkn untuk point kepada sesapa, maaf andai terasa.

Moga Allah redha :)


sincerely,
bakal jenazah :)




Wednesday 19 September 2012

Nakal tapi baik. |part 2|

LCCT seperti biasa. Orang penuh dan sesak masyaAllah, Tuhan je yang tahu.
Harith laju berjalan. mencari arah. Jam Tissot yang sengaja dipakai terbalik tu ditenung dalam-dalam.

"huh!"

Dia mengeluh pendek. Dek malas mendengar bebelan ummi kesayangan, dia gerak awal. takut jem la. takut terlewat. Segala kemungkinan dicipta. Malas mahu berbalah, dia mengalah!

mata dia menangkap seorang perempuan bertudung labuh. Muka si tudung labuh ada iras someone dalam ingatan dia. mata dia mengejar si tudung labuh dan dalam masa yang sama, kedua kakinya turut bergerak laju.  Dah macam  ayah mengejar anak yang terkedek-kedek berlari. 

 " argghh, mana plak hilang ni? aku yakin itu dia."

Tone suara garau dia memecahkan kebisingan ruang LCCT tu. Volume suara dia masih dikawal. masih di paras low. Hanya gegendang telinga dia je yang dengar.

Kaki dia laju bergerak. Mata melilau ke kiri dan kanan. Dah macam gaya orang sesat. 

"ouuccchhh"
Gegendang telinga Harith menangkap suara halus. Luggage dia yang besar gedabak tu terkena kaki someone.
Muka dia diangkat nak memandang perempuan tu. Otak dia dah mencipta kata maaf. Satu perenggan cukup ayat yang dia dah karang.

"Errr."

Lidah dia dah tergam. Karangan satu perenggan maaf dia dah ke mana. Perempuan tu Si Tudung Labuh yang dia cari macam orang gila tadi.
Kening perempuan tu di kerutkan. Bibir atas dah gigit bibir bawah. 

Harith dah senyum sesorang. Yes, tekaan dia tembak tepat! Otak dia masih berfungsi dengan baik walau dah hampir 3 tahun tak jumpa perempuan tu. AISYAH!

" Err, since when?"

ayat pertama yang keluar, Karangan maaf dia dah hilang entah kemana. Rasa ingin tahu dia melonjak tinggi. apa yang membuatkan perempuan di depan dia ni berubah 360 darjah. Mata dia ke atas dan ke bawah memandang Aisyah. Hairan.

" dah lama."

Otak Aisyah tepat menangkap pertanyaan Harith. Bibir Aisyah senyum nipis. Mata dia diredupkan. Muka ditundukkan. Tak selesa dipandang macam tu.

Harith senyum dan tunduk. Mata dia perasan yang Aisyah tidak selesa. Dia kesuntukkan masa. Masa dia nak 'terbang' dah tiba. Otak dia masih ligat mengingat peristiwa 3 tahun lepas. 

Hari last sekolah. itu yang paling dia ingat.


"Nah ni email saya, err... aku "

Dia dah tak tahu nak bahasakan diri apa. lama gila 3 tahun tu.

Nota kecil yang dia hulur disambut. 

"nak pinjam pen boleh?"

 Aisyah bersuara dengan volume paling low. Pen yang dihulur disambut. Nota kecil tu dia koyakkan bahagian bawah. Tangan dia laju menulis.

"ni plak email saya."

Aisyah menghulurkan nota kecil tu. 

Harith senyum nipis. Otak dia dah menerjah ke 3 tahun yang lepas. Unexpected meeting. Bumi Malaysia ditinggalkan dengan senyuman. Bumi Mesir melambai. Yang pasti kali ini Malaysia ditinggalkan dengan banyak persoalan. Arggghh kejapnya masa!


bersambung...


sincerely,
me (bakal jenazah)

Wednesday 5 September 2012

Nakal tapi baik.

“duduk tu elok-elok sikit, awak tu perempuan,” Harith menegur Aisyah.

Kaki kanan di atas kerusi, kaki kiri turun di bawah. Tangan pula laju menulis, dia bertungkus-lumus menyiapkan kerja sekolah. Malas mahu bertangguh. Mulut dia pula macam biasa, mengunyah chewing gum.
Aisyah terus mengangkat mukanya apabila gegendang telinganya mendengar suara lelaki itu. Dia menjeling Harith. Benci!

kau sibuk pehal?”

Zaappp. Dia menjeling lagi.

“kau kalau sehari tak cari salah aku, memang tak sah kan?”

Buku –bukunya ditutup. Meja sekolahnya ditolak kasar, tanda protes.

“eleh, tegur sikit pun tak boleh,” Harith spontan memberi respons dengan tingkah laku Aisyah.

*****
cantiknya tangan,”  Harith cukup bersahaja. Nada dia masih lagi biasa. Antara memuji dan memerli.

“Eh?”

Berdesing telinga Aisyah, laju tangan kanan menurunkan lengan t-shirtnya. Ape masalah mamat tu pun dia tak tahu. Style kot pakai baju t-shirt singsing ke siku. Dia apa tahu.

“puas hati? ” Aisyah memandang macam nak telan je Harith.

Gullpp!

Hehe. Harith sengih sampai ke telinga.

“ ni baru betul-betul cantik,”

Aisyah pandang  Harith dengan muka tidak-puas-hatinya. Ikut nafsu marah, nak je sembur mamat kat depan dia tu. Semua benda nak tegur. Tak cool macam kawan-kawan lelaki dia yang lain. Penat dia lari ke hujung dunia nak lari dari mamat psiko tu. Tapi mana ada dia, adalah mamat psiko tu. PENYIBUK!

‘ada lagi yang tak kena?” Soalan dilepaskan dengan muka yang tak-puas-hati. Kening sebelah kiri dijungkitkan. Muka memang tidak puas hati giler dengan mamat bernama Harith tu.

ada, “ Laju je kepala Harith mengangguk. Dia masih lagi dengan muka tak bersalahnya.

ape lagi!” vokal suara Aisyah sudah agak tinggi. Cukup tidak puas hati dengan mamat  depan dia.

err..xde pape..saje je sakat ko,” mimik muka Harith berubah, terkejut dengan vokal perempuan singa yang sorang tu.

****
Jumpa aku  after kelas. Ada hal nak bincang!

Muka Aisyah sudah bertukar kelat. Sangat yakin dengan pemilik tulisan tu. Musuh ketat dia!

 “ntah apela mamat psiko tu nak, menyampah! Nak khutbah panjang lebar lagi r tu,”

Mulut Aisyah laju membebel,  muka dikerutkan dah macam orang telan cuka gamaknya.




p/s klu rajin akn disambung. ngeh3x
p/s cerita disebalik cerita ^^

sincerely, 
bakal jenazah :)