Wednesday 19 December 2012

Vitamin Iman

BUAT KALIAN YANG SEDANG DIUJI, CONTENGAN INI BUAT KALIAN :)

"Aku down giler, give up,"
Maria menundukkan muka. Riak sedih.

"asal?"
Fatin laju menyoal.

"result da kuar, aku failed, I don't know mcm mane nk face benda ni, give up sangat-sangat,"
Nada suara Maria masih sedih. Masih kecewa. Mixed feelings.

"alaaa, lepak la, boleh repeat kan? xyah nak give up, Allah tengah uji kau"
Slumber ayat yang keluar daripada mulut Fatin. Macam orang takde perasaan kesian.

"kau senanglah cakap, Allah tak uji kau, aku yang diuji, memanglah boleh repeat, tapi aku dah hilang semangat, down,"
Nada Maria agak emosi. Marah barangkali.

"Allah uji aku dengan benda lain, tapi tetap diuji macam kau,"
Suara Fatin masih tenang, dua bijik mata tepat ke arah Maria. Cuba untuk menyakinkan.

"Tak seteruk aku kau diuji. Result kau gempak,"
Maria senyum sinis. Nada emosi seperti tadi.

Fatin masih berlagak tenang. 
"emm, aku diuji dengan nyawa dihujung tanduk,"

Maria kerutkan kening, tak faham.

"aku ada leukimia. stage 4,"
Fatin masih tenang dalam berbicara.

"Fa..tin..takkan tak boleh nak buat pape? operation ke, chemo?"
Maria menembak dengan pelbagai soalan. Terkejut.

Fatin senyum. Muka ditundukkan.
"takde, tunggu masa je,"

Fatin tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. 
"hidup ni pilihan, kau masih ada banyak pilihan, kau boleh study gila2 struggle and pass ulangan paper tu atau terus give up dan gagal, kau pilih. Kau jugak boleh pilih, nak kuat atau rebah," nada suara Fatin ditukar ke mood yang serius.

Maria tenung Fatin dalam-dalam.
"fatin.."

"aku takde pilihan, aku taknak benda ini tapi aku masih ada pilihan, nak kuat atau rebah and just tunggu masa nak mati," Fatin masih serius.

Diam.

"Kau masih ada peluang nak konvo dengan dengan classmate kau, tapi aku, hampir pasti takkan konvo sekali. Aku keep praying yang aku boleh konvo sesama, aku tak percaya dengan miracle ini, tapi aku percaya dengan power of dua', aku percaya dengan kuasa Allah,"
Muka Fatin ditundukkan. Takde sedikit pun nada sedih, yang ada nada semangat.

Maria dah nangis teresak-esak.
"Fatin, why kau?"

Fatin pandang Maria dalam-dalam.
"I don't know, but alhamdulillah, it chooses me, at least aku tahu masa aku dah tak lama, aku masih ada peluang nak bertaubat,"

Diam. Fatin tarik nafas lagi.

"Kadang-kadang kita rasa kitalah yang paling teruk ujian daripada Dia, tapi kita tak sedar ada yang yang lebih berat lagi,"

Maria tunduk malu.
"kau tabah, aku nak sekuat kau,"

"orang hebat tak mudah mengalah, tak cepat nangis, takkan baru diuji dah nak rebah? so not cool la,"
Fatin senyum. 

**********************************************

“Allah tidak menguji seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” (2:286)

Wednesday 12 December 2012

Nakal Tapi Baik |part 7|


Pintu Honda Civic dihempas dengan kuat. Muka Adam sudah berapi-api merah menahan marah. Tangan kanan dia memukul stereng Honda Civic putih berkali-kali. Dia geram yang teramat. Aisyah meninggalkan dia sebelum dia sempat untuk menghabiskan kata-kata. Ugutan memang takkan buat Aisyah takut, dia tahu. Aisyah sangat licik. Dia bukan lawan Aisyah. Aisyah bukan sebarangan gadis, Adam kenal Aisyah. Kenal sangat.
“ kau boleh tipu semua orang Aisyah, tapi kau tak boleh tipu aku! Rahsia kau ada dalam tangan aku,” Adam takkan cepat mengalah. Dia cuba untuk menahan marah. Dia bukan lawan Aisyah. Titik.
***
Aisyah memandu kereta Kelisa kuning  perlahan yang mungkin. 40 km/j! kura-kura lagi laju bak kata adik dia. Jalan yang sempit dan gelap tu buat dia drive terlalu perlahan. Mata dia melilau ke arah cermin. Ada sekumpulan mamat motor ikut kereta dia. Dah lama dah dia perasan. Takut? Mereka yang sepatutnya takut. Aisyah hanya angkat kening sebelah kiri. Mamat motor tu saje cari nahas. Aisyah brake mengejut, kereta dia di hadang oleh motor-motor. Aisyah tarik nafas.
Pintu kereta kelisa kuning dihempas dengan kuat. Aisyah berpeluk tubuh. Kening diangkat. Mata dia berjaya menangkap satu wajah. Bibir dia tersenyum.
“hek eleh, kau rupanya, buat saspen je,”
Aisyah menegur. Kasar! Yes, she is.
“rileks la, saje je nak takutkan kau even aku tau kau takkan takut. Silap hari bulan aku and the geng masuk ICU,” Mamat yang nama Haikal tu bantai gelak kuat-kuat.
Zappp! Aisyah jeling!
“kau ikut aku ni kenapa? Ada apa?” Aisyah malas nak dengar celoteh mamat depan dia. Takut nanti ada yang nampak.
“aku nak kau jadi ketua balik, takkan kau nak biar kami semua macam tu je?” Haikal dah mula dengan agenda sebenar dia. Ketua dia mesti balik semula. Aisyah yang memulakan semua ini. Aisyah tak boleh lepas tangan.
“aku dah nekad dengan keputusan aku, aku takkan jadi ketua dah, cari orang lain. Why so hard?”
Aisyah masih tenang.
“kau dah tarik kita orang semua, kau pulak yang nak blah. Weiii, come on la, kau ni dah tak macam dulu,” Nada suara Haikal sudah berubah. Agak tinggi. Agak emosi.
Kaki Aisyah sudah laju menuju ke  pintu kereta. Langkah Aisyah terhenti, dia berpaling semula ke arah Haikal.
“aku yang mulakan, aku juga yang akan noktahkan, aku yang buat dosa semalam, aku juga yang akan tebus,” Aisyah terus masuk ke dalam kereta dan memecut selaju yang mungkin.
***
Aisyah log in Facebook. Belum pun sempat dia offline chatbox. Haikal dah sent chat.
“GAME NOT OVER YET”
Aisyah hanya mampu mengeluh. Battle ini perlu ditamatkan. Sekecil-kecil maksiat tetap maksiat. Sekecil-kecil dosa tetap dosa walau hanya sebesar zarah.

“Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” 39:53

p/s malas nak sambung di blog. cukup untuk simpanan peribadi. 
hey manusia-manusia yang berjasa, kau hebat! aku kagum.