Wednesday 3 October 2012

Nakal tapi baik |part 3|


“aku rasa lost!”

Intonasi Aisyah masih perlahan tapi gegendang telinga Farisya boleh menangkap tone suara Aisyah.      Di kolej hanya Farisya yang setia menjadi kawan baik dia.
“kau kenapa?”

Farisya melontar persoalan.

“ntah..aku rasa berdosa sangat,”

Nada Aisyah masih perlahan. Tunduk dan diam
Bilik B222 sunyi untuk 5 saat.

“emm…’

Belum sempat Farisya menjawab, Aisyah terus bangun. Kaki masih longlai, senyum nipis dilontar kepada Farisya.

“sorry geng, aku nak mandi, nantilah aku story-mory dengan kau,”

Gerak langkah kaki Aisyah hanya mampu dipandang oleh Farisya.

***

Badan kecil Aisyah dah bertemu katil, segar selepas mandi. Mata dia sekilas terpandang tafsir Al-quran warna merah. Laju tangan dia mencapai tafsir, nak baca. Rindu! Dah lama tak dibuka.

Hidup dia sebagai hamba Allah, tapi Al-quran sebulan sekali nak buka pun susah. Bila susah baru terkial-kial mencari Allah.

Allah. Allah. Allah

malu dengan Allah. Hidup sebagai peminjam, tapi berlagak seperti tuan. Aisyah tunduk dan malu dengan diri sendiri.

“aku nak mula dengan surah apa ni?”

Tangan dia laju je membuka tafsir al-quran tu, hilang arah seketika.

“err..surah al-baqarah ke?”

Tangan dia masih lagi laju membuka dan  sampai muka surat 556 surah Al-Taghabun, dia berhenti.

“aku mula dengan surah ni la,”

Satu ayat dia baca, satu tafsir juga bibir dia membaca. Terasa seperti kanak-kanak. Masih merangkak-rangkak. Al-quran dah lama dia tinggalkan.

Allah. Allah. Allah. Malu

Dia tersentap pada satu tafsir. Tembak tepat ke batang hidung. Padan dengan situasi dia sekarang.

'Dia mengetahui apa yang ada di langit dan bumi
dan mengetahui apa yang kamu rahsiakan
dan apa yang kamu nyatakan.
Dan Allah maha Mengetahui segala isi hati.'  64:4


Bibir dia beku nak menterjemahkan segala rasa dekat Farisya. Bukan nak berahsia. Point nak mula yang dia tak jumpa. Segala ayat dicipta tapi tetap je lidah dia kelu. Hati dia memberontak nak menjerit, nak cerita dekat kawan baik dia yang sorang tu. Tapi ayat tak kena. Takut point yang dia nak sampaikan disalah tafsir.


Air mata Aisyah dah mengalir laju macam air paip. Malu pada Allah, dia je yang tahu. Hidup sebagai peminjam, sebagai hamba tapi lagak seperti raja, sebagai tuan.

Dah lama dia nak berubah, tapi dia takut. Dia hilang punca. Apa orang fikir? Apa orang kata? Takut kejap je berubah pastu terus jadi macam dulu. Takut yang terus menjadi raja dalam diri.

“Arrrggghhh kenapa mesti fikir apa yang orang fikir? Kenapa hak Allah aku tak utama kan? Aku nak masuk syurga sebab apa yang orang fikir tentang aku ke?”

“Aku tekad nak berubah!”

Tapi..

“Aku nak mula dari mana?”


bersambung...


sincerely
bakal jenazah

moga Allah redha

No comments:

Post a Comment