Thursday 20 September 2012

Arggghhh stress!

Sebagai manusia biasa, kita memang takkan larilah dengan tugas dunia ni.
kadang-kadang tu stress to the max dengan tugas dunia ni.
sampai tak tidur sebab nak buat tugas dunia.
Semua DUNIAWI je.

ok, straight to the point apa yang nak saya ketengahkan.

Situasi 1 :

A : Sempat je ko ni pergi shopping time2 busy macam ni kn?
B : Biasalah weeii, release stress! HAHA

Situasi 2 : 
A : Jom pergi dengar ceramah weekend ni. ustaz tu best tau.
B : Lain kali la, tengah busy ni, sekarang musim assingment.

nampak tak?

kita ni kalau nak release tension semua dengan dunia.
Tak malu ke dengan Allah? pinjam semua benda dengan Dia, tapi hak Dia kita abaikan.
why don't we change it? nak release tension dengan cara mendekatkan diri dengan-NYA

Kalau kita dah busy siang hari dengan tugasan dunia, why don't pada malamnya kita cari masa untuk dekatkan diri dengan-NYA.
Kalau siang dan malam pun busy. masa weekend tu, Gunalah sebaik yang mungkin. Janganlah asyik dengan duniawi je. Balance kan la.




So, after this jom trendkan, nak release tension dengan pergi majlis2 ilmu. insyaAllah akan tenang.
Tolonglah percaya kalau nak tenang ni, ingat Allah dah cukup dah. Kepala otak tak serabut punya.
GERENTI!!
Tak percaya?

 "Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang." (Ar-ra'ad:28) 


Sabda Nabi s.a.w:"Aku berpesan kepada kamu semua supaya mengingati Allah, kerana hal itu dapat menghiburkan hati kamu dari segala kesulitan duniawi." (Riwayat ad-Dailami).



See, bukti dah jelas dan nyata. 
So after this, no more 'nak pergi berjimba-jimba sebab nak release stress' ok?


p/s entry ni tuk mengingatkan saya bkn untuk point kepada sesapa, maaf andai terasa.

Moga Allah redha :)


sincerely,
bakal jenazah :)




No comments:

Post a Comment