Monday 22 October 2012

Dua puluh tiga hari bulan sepuluh dua ribu dua belas

dua puluh tiga hari bulan sepuluh dua ribu dua belas
hari ini genap setahun
masa berputar
masa berlalu


dua puluh tiga hari bulan sepuluh dua ribu sebelas
semuanya terpaksa dinoktahkan
bukan kehendak aku
bukan juga kehendak kamu 
tapi kehendak DIA


Dua puluh tiga hari bulan sepuluh dua ribu dua belas
doa masih tidak henti
nama kamu masih meniti di bibir
masih terasa baru

dua puluh tiga hari bulan sepuluh dua ribu sebelas
semua berubah
tapi tiada siapa yang tahu
aku berlagak seperti biasa
hanya seorang kwn alam maya yang tahu

dua puluh tiga hari bulan sepuluh dua ribu dua belas
kawan baik aku mengetahui
nama, kronologi ini, pemergian kamu
sebulan sebelum tarikh ini
bijak aku menyimpan
hebat kenangan kamu


dua puluh tiga hari bulan sepuluh dua ribu sebelas
dua hari selepasnya
aku membuat tiga entri khas untuk kamu
hanya untuk kamu.
dua di hebahkan kepada yang sudi membaca
satu aku simpan dalam folder rahsia


dua puluh tiga hari bulan sepuluh dua ribu dua belas
aku masih tersenyum seperti biasa
aku masih ketawa seperti biasa
mereka di dalam kelas
mereka di sekeliling
mereka dan mereka yang lain
semua tidak mengetahui
hebat aku menyimpan rahsia dalam kecoh

kenapa aku begitu terkesan?

sebab anda bernama sahabat, bukan kawan.


so much of tries
so much of hopes
but i'll not give up
I just need to forget it :)


p/s 1)  Aku masih mahu kamu dirahsiakan. Ini yang terakhir. Dan kamu akan kekal sebagai rahsia
    2) Sebagaimana kamu meninggalkan aku dengan pelbagai persoalan, begitu juga aku, aku meninggalkan       mereka dengan persoalan, TAPI bezanya aku masih ada dan kamu sudah tiada.
3) Al-fatihah






No comments:

Post a Comment