Saturday, 13 October 2012

Nakal tapi baik |part 4|



Laptop DELL hitam  dia on. Kerja yang bertimbun macam gunung Everest tu dah disiap. Lega Allah je yang tahu. Modem broadband celcom dicapai. Button connect di tekan.

Done!
Aisyah blogwalking untuk release kan tension. Hantu blog! Yes, dia memang hantu blog. Stalker terhebat.  Tapi satu blog buat mata dia tertancap lama. Saat nak berubah, pertolongan Allah datang. Mata dia perlahan-lahan meneliti entri yang menarik minat dia tu.


“huh, ok mulakan dari bawah”
****

“Farisya, jom kuar, aku stress”

Hehe.. Aisyah sengih muka minta belas ihsan
“nak g mane je? Shopping yookk!”
Farisya laju je bagi idea. Dua-dua kaki shopping. Memang masuk jela kan.
“ok set! Bagi ak siap-siap jap,”


Kaki Aisyah laju menghala ke bilik. Almari dibuka. Satu-satu pakaian dibelek. Otak dia dah set, nak pakai baju yang longgar dan menutup aurat. Blouse labuh pemberian Harith tiga tahun yang lalu dipilih. Tak pernah pun dia pakai baju tu. Untuk pertama kalinya dia pakai. Tudung pun dah tak macam dulu. Dah tak selimpang dah. Dia buat butterfly. Ok, memang dia mula dari bawah. Nanti terkejut plak satu U ni kalau dia tiba-tiba putar 360 darjah.


“err, Aisyah..ko ke ni?”
“laaa, aku la ni, ko kenapa? Mamai?”

Aisyah mencebik, kening dikerutkan.
err, ape labuh sangat blouse ko ni? Biasa ko pakai t-shirt pastu siap singsing lengan t-shirt tuh lagi n cara pakai tudung pun dah sopan skit da”
Satu perenggan panjang Farisya menerangkan. Terkejut dengan perubahan Aisyah.
“da la, membebel tak tentu pasal tu kenapa? Dah jom!”
***

“weiii, ko tgOk budak tu, comey nye! Geram weeiii! Jom g sane jap,”


Kaki Aisyah laju  bergerak, tangan kanan mengheret tangan Farisya, kaki mereka menuju ke troli yang ada budak kecik tu. Bila parents budak tu tengah khusyuk pilih barang, Aisyah pun datang dekat budak tu dan cubit pipi gebu budak tu. Sempat jugak dia peluk cium budak kecil tu. Agak-agak dah lama mak dan ayah budak tu pilih barang, dia pun lambai-lambai budak kecil tu. Budak tu ketawa sambil lambai-lambai balik. Bila mak dan ayah budak tu pandang, Aisyah cepat-cepat  jalan dan buat muka tak tahu. Anak mata dia melilau ke atas dan ke bawah, lagak macam tengah cari barang. Kalau Aisyah pelakon, trofi pelakon wanita terbaik memang confirm milik Aisyah.


“HAHA, sengal ko, suke betul buat macam tu!”
Volume ketawa Farisya yang kuat  tak diendahkan oleh Aisyah. Kaki dia laju menuju ke tempat buah-buahan.


“phone ko mane? Keluarkan cepat!”
Aisyah selamba bagi arahan sambil buat muka comel tanda ready nak tangkap gambar. Dah menjadi rutin dia, akan tangkap gambar di cermin bahagian atas tempat buah-buahan. Kalau pergi mana-mana pasar raya pun, bahagian buah-buahan tu, atas dia ada cermin.

“ehem, saya nak pilih anggur tu boleh?

Seorang laki berbaju hitam menegur Aisyah  dan Farisya sambil menahan senyum. Lucu tengok gelagat Aisyah dan Farisya yang syok sendiri, bajet comel tangkap gambar dekat cermin tu.
Aisyah mengheret tangan Farisya dan berjalan dengan lebih cepat daripada kebiasaan. Gaya jalan mereka dah mengalahkan atlet acara berjalan kaki.


“aaaa, malu la weii, ko la ni yang suka buat benda2 pelik macam ni!”
Muka Farisya bertukar merah. Malu yang teramat. Aisyah masih lagi berlagak cool. Tangan kanan Aisyah dah peluk bahu Farisya.


alaaa, rileks la weiii, bukan kenal pun mamat tu, ape nak malu?”
‘weiii, jom gi sana! Ada promoter makanan dan ada makanan free,”

Aisyah dah laju bergerak.

“Haiishhh, ape lagi ko ni? Suke betul buat perangai pelik!”
“alaaa, dorang tengah nak wat promosi tu, ad tester, free je bole makan, cepat la,”

Volume suara Aisyah agak kuat. Kaki dia laju bergerak. Dah macam budak-budak. Tapi  Farisya masih ikutkan perangai kawan baik dia yang sorang tu.


“akak, boleh rasa ni? ”
Hehe. Aisyah sengih kerang.
“boleh2 dik, amik la,”
Akak promoter tu dah mempelawa dia makan. Then satu-satu akak tu terang pasal produk terbaru mereka. Aisyah hanya mengangguk dan berlalu pergi. Semua tempat yang ada tester makanan dia pergi dan rasa. Sungguh muka dia tebal dan tak tahu malu.
Mereka keluar dari Giant tanpa membeli apa-apa.


“weiii, jom g popular, aku nak beli buku. Jangan cakap tak nak, tingkat satu je pun,”
“yela, yela kang merajuk susah plak aku nak pujuk,”

Farisya yang dah malas nak layan kerenah Aisyah, menurutkan je.


Sampai di Popular, Aisyah terus ke bahagian buku agama. Tangan dia membelek satu persatu buku yang ada dekat rak buku tu. Puas membelek buku yang ada, buku “Doa dan Zikir arian’ menjadi pilihan dia. Yes! Mula daripada bawah.


Farisya yang menjadi pemerhati setia, hilang idea dengan perangai kawan baik dia. Tak pernah-pernah pula Aisyah mencari buku agama, kalau majalah fotografi memang selalu la. Muka Farisya masih berkerut. Tak faham dengan situasi yang dia alami sekarang. 
"aku kat planet bumi ke?"
Farisya bermonolog sendiri.




#cubit pipi budak, tangkap gambar dkt cermin bahagian atas  dan makan tester produk tbaru tu memang perangai ak! ngeh3x

No comments:

Post a Comment