Wednesday 19 September 2012

Nakal tapi baik. |part 2|

LCCT seperti biasa. Orang penuh dan sesak masyaAllah, Tuhan je yang tahu.
Harith laju berjalan. mencari arah. Jam Tissot yang sengaja dipakai terbalik tu ditenung dalam-dalam.

"huh!"

Dia mengeluh pendek. Dek malas mendengar bebelan ummi kesayangan, dia gerak awal. takut jem la. takut terlewat. Segala kemungkinan dicipta. Malas mahu berbalah, dia mengalah!

mata dia menangkap seorang perempuan bertudung labuh. Muka si tudung labuh ada iras someone dalam ingatan dia. mata dia mengejar si tudung labuh dan dalam masa yang sama, kedua kakinya turut bergerak laju.  Dah macam  ayah mengejar anak yang terkedek-kedek berlari. 

 " argghh, mana plak hilang ni? aku yakin itu dia."

Tone suara garau dia memecahkan kebisingan ruang LCCT tu. Volume suara dia masih dikawal. masih di paras low. Hanya gegendang telinga dia je yang dengar.

Kaki dia laju bergerak. Mata melilau ke kiri dan kanan. Dah macam gaya orang sesat. 

"ouuccchhh"
Gegendang telinga Harith menangkap suara halus. Luggage dia yang besar gedabak tu terkena kaki someone.
Muka dia diangkat nak memandang perempuan tu. Otak dia dah mencipta kata maaf. Satu perenggan cukup ayat yang dia dah karang.

"Errr."

Lidah dia dah tergam. Karangan satu perenggan maaf dia dah ke mana. Perempuan tu Si Tudung Labuh yang dia cari macam orang gila tadi.
Kening perempuan tu di kerutkan. Bibir atas dah gigit bibir bawah. 

Harith dah senyum sesorang. Yes, tekaan dia tembak tepat! Otak dia masih berfungsi dengan baik walau dah hampir 3 tahun tak jumpa perempuan tu. AISYAH!

" Err, since when?"

ayat pertama yang keluar, Karangan maaf dia dah hilang entah kemana. Rasa ingin tahu dia melonjak tinggi. apa yang membuatkan perempuan di depan dia ni berubah 360 darjah. Mata dia ke atas dan ke bawah memandang Aisyah. Hairan.

" dah lama."

Otak Aisyah tepat menangkap pertanyaan Harith. Bibir Aisyah senyum nipis. Mata dia diredupkan. Muka ditundukkan. Tak selesa dipandang macam tu.

Harith senyum dan tunduk. Mata dia perasan yang Aisyah tidak selesa. Dia kesuntukkan masa. Masa dia nak 'terbang' dah tiba. Otak dia masih ligat mengingat peristiwa 3 tahun lepas. 

Hari last sekolah. itu yang paling dia ingat.


"Nah ni email saya, err... aku "

Dia dah tak tahu nak bahasakan diri apa. lama gila 3 tahun tu.

Nota kecil yang dia hulur disambut. 

"nak pinjam pen boleh?"

 Aisyah bersuara dengan volume paling low. Pen yang dihulur disambut. Nota kecil tu dia koyakkan bahagian bawah. Tangan dia laju menulis.

"ni plak email saya."

Aisyah menghulurkan nota kecil tu. 

Harith senyum nipis. Otak dia dah menerjah ke 3 tahun yang lepas. Unexpected meeting. Bumi Malaysia ditinggalkan dengan senyuman. Bumi Mesir melambai. Yang pasti kali ini Malaysia ditinggalkan dengan banyak persoalan. Arggghh kejapnya masa!


bersambung...


sincerely,
me (bakal jenazah)

No comments:

Post a Comment