Wednesday, 19 December 2012

Vitamin Iman

BUAT KALIAN YANG SEDANG DIUJI, CONTENGAN INI BUAT KALIAN :)

"Aku down giler, give up,"
Maria menundukkan muka. Riak sedih.

"asal?"
Fatin laju menyoal.

"result da kuar, aku failed, I don't know mcm mane nk face benda ni, give up sangat-sangat,"
Nada suara Maria masih sedih. Masih kecewa. Mixed feelings.

"alaaa, lepak la, boleh repeat kan? xyah nak give up, Allah tengah uji kau"
Slumber ayat yang keluar daripada mulut Fatin. Macam orang takde perasaan kesian.

"kau senanglah cakap, Allah tak uji kau, aku yang diuji, memanglah boleh repeat, tapi aku dah hilang semangat, down,"
Nada Maria agak emosi. Marah barangkali.

"Allah uji aku dengan benda lain, tapi tetap diuji macam kau,"
Suara Fatin masih tenang, dua bijik mata tepat ke arah Maria. Cuba untuk menyakinkan.

"Tak seteruk aku kau diuji. Result kau gempak,"
Maria senyum sinis. Nada emosi seperti tadi.

Fatin masih berlagak tenang. 
"emm, aku diuji dengan nyawa dihujung tanduk,"

Maria kerutkan kening, tak faham.

"aku ada leukimia. stage 4,"
Fatin masih tenang dalam berbicara.

"Fa..tin..takkan tak boleh nak buat pape? operation ke, chemo?"
Maria menembak dengan pelbagai soalan. Terkejut.

Fatin senyum. Muka ditundukkan.
"takde, tunggu masa je,"

Fatin tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. 
"hidup ni pilihan, kau masih ada banyak pilihan, kau boleh study gila2 struggle and pass ulangan paper tu atau terus give up dan gagal, kau pilih. Kau jugak boleh pilih, nak kuat atau rebah," nada suara Fatin ditukar ke mood yang serius.

Maria tenung Fatin dalam-dalam.
"fatin.."

"aku takde pilihan, aku taknak benda ini tapi aku masih ada pilihan, nak kuat atau rebah and just tunggu masa nak mati," Fatin masih serius.

Diam.

"Kau masih ada peluang nak konvo dengan dengan classmate kau, tapi aku, hampir pasti takkan konvo sekali. Aku keep praying yang aku boleh konvo sesama, aku tak percaya dengan miracle ini, tapi aku percaya dengan power of dua', aku percaya dengan kuasa Allah,"
Muka Fatin ditundukkan. Takde sedikit pun nada sedih, yang ada nada semangat.

Maria dah nangis teresak-esak.
"Fatin, why kau?"

Fatin pandang Maria dalam-dalam.
"I don't know, but alhamdulillah, it chooses me, at least aku tahu masa aku dah tak lama, aku masih ada peluang nak bertaubat,"

Diam. Fatin tarik nafas lagi.

"Kadang-kadang kita rasa kitalah yang paling teruk ujian daripada Dia, tapi kita tak sedar ada yang yang lebih berat lagi,"

Maria tunduk malu.
"kau tabah, aku nak sekuat kau,"

"orang hebat tak mudah mengalah, tak cepat nangis, takkan baru diuji dah nak rebah? so not cool la,"
Fatin senyum. 

**********************************************

“Allah tidak menguji seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” (2:286)

9 comments:

  1. nice one fara...mohon share...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Silakan share...ilham dari Allah..fara pinjam je...btw sape ni? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. org yg pnjam buku renung2kan dan slmt beramal tu la...

      Delete
  3. kita semua sdg diuji. hidup ni ujian, seluruhnya.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ustaz, yup betul tu...kadang2 kita tsentak dek ujian...tapi lupa ujian tu tanda sayang dari Dia :)

      Delete
  4. thanks for da best,,
    memang nga cari jalan penenang saat diuji nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks to Allah. Dia yang beri jalan penenang tapi disandarkan pada saya. kuatkan semangat. :)

      Delete