Monday 23 April 2012

MARAH!!

kadang-kadang aku rasa kita patut simbah minyak tanah dekat api biar makin marak.
biar manusia tahu api yang kecil boleh jadi besar!
bukan nak tambahkan kemarakan api.
tapi kalau tidak berbuat begitu manusia tak akan mengerti dan sedar!
terus-terus selesa dengan keadaan mereka.terus mengarah dan menindas!
sebab kuasa autoriti di kuasa mereka.kadang-kadang perlu..



TAPI




bukan sehingga api itu mampu meranapkan semua harta yang ada.

cukup sekadar api itu menyedarkan manusia yang keadaan sudah berubah.
perlu disimbah dengan air secepat yang mungkin.
hanya untuk manusia sedar!



diam manusia bukan beerti setuju.

ikut manusia bukan beerti tunduk dan patuh.
kadang-kadang disebabkan nilai kemanusian itu!
tapi kalau mata hati sudah terlalu buta untuk melihat nilai-nilai itu.
memang anda tidak akan nampak!
sebaliknya akan terus mengarah, menindas kerana anda lebih.
anda mampu
dan anda berani untuk berbuat begitu.
manakala manusia lain hanya akur dan patuh!
kekadang anda mungkin tidak perasan atau tidak keterlaluan dikatakan  anda SEDAR yang anda pentingkan diri sendiri!
tapi itu hakikat! manusia akan pentingkan diri sendiri untuk kepentingan sendiri.
jika anda kata anda tidak pentingkan diri sendiri...anda boleh dikatakan menipu!
yang menaip ini pun mengaku hakikat ini!



manusia sememangnya mampu untuk bersabar...tapi sampai bila?

semakin lama bersabar, semakin lama menahan geram dan marah
semakin hampir untuk meledak!
Jadilah manusia yang bertimbang rasa dan memahami.dan pasti ada yang akan berkata



"jika kita nak orang faham kita, kita kena faham orang dulu'



yes, tapi kadang-kadang, orang dah terlalu penat untuk faham anda!
anda masih begitu dan makin teruk!
bukan manusia tidak cuba untuk faham anda, tapi anda yang tidak cuba faham manusia lain.


sama juga seperti mengumpat dan mengata.
si A mengumpat si B.
si B mengumpat si A.
masing-masing saling mengumpat antara satu sama lain.
tanpa sedar masing-masing rasa mereka lebih hebat!
terus-terus mengumpat tanpa ada penghujung.



jika anda betul2 HEBAT!
anda tidak akan mengata atau mengumpatanda akan menegur dan menasihat.
jika tidak mampu lebih baik anda berdiam diri.
tidak keterlaluan dikatakan yang menaip ini pun tidak hebat!
sebab sering memberi pahala percuma kepada si A, si B dan si abjad2 yang lain.
kerana tertekan dengan manusia yang lain.
tapi ini memang khilaf si penaip ini dan mungkin manusia yang lain juga.
sedang bertukar dan berusaha untuk menjadi manusia yang hebat!



kekadang, manusia itu perlu meneliti supaya berusaha untuk berfikir.
bukan memberi kata  terus yang mudah difahami.
berfikir mampu untuk membuatkan  manusia tertanya dan mungkin akan terasa dalam sedar.
kadang-kadang manusia yang tidak ditujukan pun akan terasa.kerana apa?
kerana manusia itu juga melakukan perkara tersebut.yang menaip ini juga terasa dengan entri ini!
ibarat bercakap dengan cermin.
semua terpantul kembali!



kembali beristigfar kepada sang pencipta! bersabar dan terus bersabar. sabar itu indah.
terlalu ingin kesabaran itu! moga makin bertambah.
bukan makin nipis dan terburai.
dan diharapkan selepas ini aku lebih matang dan mampu untuk mengawal marah.
aku ingin menjadi manusia yang KUAT!



'orang yang paling KUAT itu ialah orang yang mampu untuk mengawal kemarahan'



kembali mengingati sang pencipta~
moga terus bertahan.



p/s jika ada yang terasa , ini mungkin kerana anda melakukannya,     
     acap kali manusia yang tidak ditujukan terasa  dengan penulisan ak. MAAF     
    manusia yang tersalah makan cili mungkin akan terasa lebih pedasnya!         

No comments:

Post a Comment