Monday 24 October 2011

apa yang aku cari?

kekadang..aku rasa terlalu kosong,,
mungkin kerana aku terlalu jauh daripada sang pencipta..
aku ingin lari daripada rasa serba salah..
serba salah kepada DIA yang maha Esa..
aku sememangnya manusia yang berdosa..
aku hidup bernafaskan oksigen daripada sang penciptaku..
aku hidup menggunakan segala nikmat yang telah diberi..

TETAPI..

apa yang aku balas...
amalanku tidak seberapa...
hatiku masih lagi lalai..
solatku dipenuhi dengan dunia..
bibirku basah berzikir juga kerana dunia..


aku masih mencari..
mencari sesuatu dalam hidup aku..
aku perlukan cinta Allah dalam hidup aku..
aku tak nak  terus-terusan hanyut dengan syurga dunia
ak tak nak terus - terusan difitnah oleh fitnah dunia ini..
aku tak minta simpati, jauh sekali belas ihsan manusia
aku hanya ingin mencari sesuatu yang hilang


TAPI

aku lupa,
semua terletak pada diri aku,
tinggal pilih yang mana satu ..
apa yang aku nak?
apa yang aku cari?

ramai yang mendapat hidayah, tetapi tidak ramai yang mendapat taufiq.

duhai diri, bangkitlah dari masa silam kamu.
sedarlah kesalahan lalumu,
insaflah, sebelum maut datang menjemputmu.

aku sedar, sesekali jatuh itu tidak mengapa...tetapi yang menjadi persoalan
berapa lama masa yang diambil untuk bangkit kembali???

semoga aku mempunyai kekuatan :)

No comments:

Post a Comment