Monday, 28 January 2013

Bakal Jenazah!

Ain pandang dari jauh sikap seorang perempuan yang kemas beruniform putih. Biadap! Kasar! Akak yang pakai baju guard hanya tunduk dan diam. Selepas perempuan tu angkat kaki, Ain terus laju menuju ke arah akak yang kena marah tadi.

"Assalammualaikum kak,"

Ain memulakan bicara.

"Wa'alaikummussalam dik, ade ape ye, boleh akak tolong?"

Sopan. Nada masih tenang dan lembut. Ain merenung mata guard tadi, agak berkaca air mata.

"saya nampak ape yang jadi tadi, saya minta maaf bagi pihak dia,"

Ain berhati-hati memulakan bicara.

"asal adik lak yang mintak maaf? tu kawan adik ke? saudara?"

Akak yang nama Azimah tu perlahan-lahan angkat muka. Berharap, menanti jawapan.

"emm, tak,"

Kali ini Ain pulak yang tunduk.

"abis tu?"

Masih menunggu jawapan.

"err, saya tahu akak terasa, thats why mintak maaf dengan sikap saudara seislam saya tadi,"

Bicara Ain agak perlahan tapi nada Ain masih boleh ditangkap oleh kak Azimah.

"takpelah dik, akak dah biasa dah. Budak tu bakal doktor, akak ni guard je. Biasiswa dorang tu pun ntah-ntah same banyak dengan gaji akak ni hah,"

Akak Azimah masih merendah diri. Bibir dia masih tersenyum.


"akak ni bukan soal bakal doktor atau tak, ini pasal adab, dia belum tentu jadi doktor kak, tak perlu nak bermegah dengan title bakal tu, kuasa Allah kita tak tahu,"

Ain yang tadi malu-malu kucing sudah bertukar ke mood semangat. Segala macam perasaan yang dia pendam dilontarkan.

Guard yang nama Azimah tadi agak tergamam.

"Allah, ada lagi orang macam adik ni, moga Allah merahmati hidup bakal jenazah yang depan akak ni,"

Kali ni, Ain pulak yang tergamam. Lambat-lambat bibir dia senyum.

"ye akak, saya bakal jenazah dan itu pasti,"
Senyum.


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kaum (lelaki) mencemuh kaum lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang dicemuh) itu lebih baik daripada mereka(mencemuh); dan janganlah pula perempuan-perempuan (mencemuh) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada perempuan (yang mencemuh); Jangalah kamu mencela antara satu sama lain dan janganlah memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik)  setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim."
 Al-hujurat ayat sebelas.

****************************************************************************

nota kaki :

 1) Jangan bangga dengan segala title bakal yang kita ada, sebab hanya satu title bakal je yang  confirm iaitu Bakal Jenazah.
2) Cerita ni dah diadun dengan penuh kasih sayang oleh penulis yang tak bertauliah yang sudah ditukar segala macam setting cerita mengikut ajinomoto penulis sendiri .


1 comment: