Sunday, 6 July 2014

Having a good friend is a bless

"Weeii, marah?" 

"Tak," sepatah di balas. 

"dah tu asal diam?"

"saja"

"bajet aku tak kenal kau! bertahun aku kenal kot"

"Eh?" hanya dua huruf ditaip. Taip dan padam.

"ok, mana kawan aku yang ceria dulu, yang banyak cakap dulu?"

"Hilang,"

"Hilang mana?"

"Planet pluto,"

"ceh! wei, ada benda nak cter ni," 

"Apa?"

"Tunggu kau ok dulu la, tak best cter skarang ni?"

"ok, now or never,"

"Perangai tak berubah!"

"???,"

"nak dengar tak?"

"tak nak, nak baca je"

"loyar buruk tak habis!"

"cepat la!"

" aku ada terbaca satu article ni,"

typing..

"waiting~"

"tak jadi cter la!"

typing...

" 'Dan kerana Tuhanmu maka bersabarlah', ayat feveret kau kan? after all kau dah tak sabar dengan perangai aku ke?"

"Weeii, having a good friend is a bless,"

" am I?"

"u think?"

"err, no, kot"

"Stupid!" 

"weii, since when stupid kan orang ni?

"baru belajar! btw you are such a good goood friend!"

"Eh? tapi kau marah aku!"

"mana ada!"

"dah kau diam"

"Ceh! saje nak test kau, aku tak nak hilang kawan yang tak henti-henti cakap kat aku tentang sabar! suruh positif ape benda tah tu! serious ni weeii, btw benda kecik je pun, tak coolie pun la nak marah kau, aku pernah buat benda lagi besar but still kau sabar dengan aku kan? so now your turn la"

":D nak grinning bole?"

" >< lantak! aku tak marah kau, case closed! "

*****************************************************

"Teman-teman karib pada Hari itu (akhirat) saling bermusuhan satu sama lain,
Kecuali mereka yang bertaqwa"
(Az-Zukhruf : 67)

p/s  1) memang tak nak letak nama.
          2) colour lambang two conversation.
           3) maaf atas selekeh dan pemalas punya penulisan, hanya nak lepas rindu. 
           4) maaf atas penulisan yang tidak bermanfaaat.


    : `6

Wednesday, 30 April 2014

Danial Haikal :)

Mula-mula dapat kelas tu, fuuhh, agak ramai orang warning dengan budak nama Haikal ni. Nakal katanya, pembuli katanya.
Masuk kelas dia first time, memang baca bismilah banyak kali. Macam-macam fikir. Nakal sangat ke dia? Memang tak dengar kata ke dia? Masuk-masuk, first time masuk, suara memang kenal jerit la. Nak bagi semua orang dengar.

“Tembam. Tembam. Tembam,” ada seorang budak kecik main ejek-ejek budak depan aku. Ni memang pantang. Cukup aku tak suka.
“Dalam kelas cikgu, takde siapa pun bole ejek dia,” aku bagi new rules sambil tunjuk ke arah budak yang depan aku tu.
Budak semua dah bersorak. Ada yang mencebik. Tak puas hati betul.
“Tapi cikgu, Haikal lagi suka buli kiteorang,” dengar je nama Haikal aku dah cuak, orang kata dia suka buli orang. Terkebil juga la.
Malas nak ambik pusing, aku terus buat aktiviti dan nak sampai hujung waktu, terdetik nak pergi tempat dia.
“Nama ape?”
“Danial Haikal,” dia tunduk. Suara pun slow.
“Haikal suka buli orang eh,” spontan aku tanya walau aku sedar macam err err  je soalan tu.
Dia geleng, tak berkata sepatah pun.
“Esok datang jumpa cikgu tau, nanti cikgu bagi air zam-zam, nanti Haikal jadi budak baik, tak nakal dah. Nanti ramai orang sayang Haikal,”
Dia geleng kepala je bila aku cakap macam tu, tanda orang tak sayang dia.
“cikgu sayang Haikal,” memang hari tu, hari spontan. Laju je mulut nak bersweet bagai.
Dia terus pandang aku. Mata dah berair. Tersentuh kot.

Esok pula, dia pagi-pagi dah buat hal dengan classmate dia. Sampai parents budak tu datang. Aku sempat  tanya guru kelas dia, problem dia. Terdiam jap aku. Now wonder dia macam tu. Kesian juga.

Setiap hari dia akan datang tempat aku, nak minum air zam-zam, atas permintaan aku juga la kan. Bila dia tak datang memang aku cari dia. Kena ingatkan setiap hari.
Kak Marina pulak kalau hal Haikal laju je bercerita dengan aku.
“haikal tu la, haikal ni la,” banyak la cerita tentang Haikal ni.

Masa perkhemahan , Kak marina bersemnagat bercerita hal Haikal. Sampai part Haikal bercerita pasal his Cikgu Fara, aku senyum. Serious senyum tak ingat dunia.
“Cikgu fara kan, dia tu la, dia ni la,” *This part aku simpan seseorang because it’s to sweet*

Tapi, serious banyak telatah Haikal yang buat aku senyum sorang-sorang, memang  dia tak nakal pun bagi aku. Senang nak urus. Time ngaja dia, semua aku cakap, semua dia dengar.

Paling aku tersentuh,bila last day aku mengajar kelas dia, budak-budak semua dah letih sebab ada PJ before tu, memang kelas aku tak dapat control dengan baik. Penatnya dorang sampai tak nak dengar aku suruh diam. Haikal datang depan tiba-tiba.
“Eh, diam la, cikgu Farahana nak mengajar la,” dia marah budak-budak kelas dia sampai semua terdiam. Aku pun terdiam, terkejut sebab biasaya dia senyap je dalam kelas aku. Dan tu bukan macam dia.

Last day aku dekat sekolah tu, tiga kali dia datang tempat aku. Masa pertama aku ada kelas, sampai ke kelas dia mencari aku. Fuuuuhhhh.

Budak-budak kelas dia bagi aku hadiah, dia pun bagi. Dia bagi aku hadiah sebatang pen hitam yang dia dah guna. Tak secantik yang lain, tak setanding harga yang lain, tapi hadiah yang paling aku sayang. SERIOUS!

Memang dia datang jumpa aku hari tu time cikgu dia masuk kelas, dia siap ponteng kelas lagi. Penat aku suruh dia masuk kelas jawapan dia nanti la. Tu je jawapan dia.

Tapi hari tu lain, dia sangat banyak bercerita. Biasa dia datang, minum air zam-zam dan balik. Tapi hari tu dia bercerita kemain panjang lagi. Sampai kena ‘halau’ dengan kak Umi.

His last word before balik yang buat aku touching *memang ratu touching* ><
“saya sayang cikgu tau”


#Today, teacher rindu Haikal. J
# dah lama tak menulis, hilang terus cara nak menulis ><

Sunday, 26 January 2014

Ammar :)

“adik buat apa sorang-sorang dekat sini ni?”  Akhirnya Maria dah jumpa kekuatan membuka mulut. Kalau tak, hampir setengah jam, dia hanya duduk dan jadi  pemerhati budak lelaki yang mungkin berumur 7 atau 8 tahun bermain seorang diri di taman permainan tu.
“tunggu ibu, doktor kata ibu sakit teruk, doktor bawa ibu masuk bilik istimewa kejap,” wajah tenang budak lelaki itu terpamer. Seolah tiada apa yang berlaku. Budak kecil mungkin.
“Ibu sakit apa?” Beriya Maria bertanya. Mencari jawapan untuk rasa ingin tahu dia.
Budak kecil bernama Ammar itu hanya tunduk. Diam.
Lama Maria menunggu. Tiada jawapan.
“Ammar tak tahu,” akhirnya dia bersuara. Lemah. Antara dengar dengan tidak.
“oo, Ammar. Ammar takut ye?” Maria sudah berkira nak pegang erat tangan budak lelaki di hadapannya.
“takut!” sepatah jawapan yan diberi.
“Tapi ibu ajar, kalau takut, sebut nama Allah banyak kali, nanti hilang la rasa takut tu,” entah keajaiban apa yang memberi kekuatan untuk budak yang berumur  tujuh tahun itu. Ceria dan mampu tersenyum lagi.
“Akak nak tengok ibu Ammar?” nada Ammar masih ceria. Masih mampu tersenyum.
Tak payah tunggu jawapan, tangan Maria diheret laju ke blok D. Kaki Maria hanya menurut, Berhenti kaki Ammar, berhenti juga kaki Maria.
Dalam perjalanan, tak berhenti Ammar bercerita, ibu dia baiklah. Ibu dia cantiklah. Ibu dia pandai masaklah. Tak lekang celoteh budak kecil itu. Masih ceria. Masih tabah.

***************************************************************************

“Prof, saya keluar awal boleh tak hari ni? 30 minit awal. Boleh?” Maria mencuba nasib dengan prof yang paling garang dalam fakulti Universiti dia.
“untuk?” sepatah nada tegas kedengaran keluar dari bibir prof yang garang itu.
“sepupu saya sakit, nak melawat,” sayu nada yang dilontar Maria. Bukan main-main. Entah kenapa dia terlalu risau. Lain macam hari ini. Dah hampir seminggu dia berulang ke hospital. Melayan kerenah Ammar. Mendengar segala celoteh ceria Ammar. Mendengar harapan dan impian bila ibu dia sedar. Segalanya tentang Ammar.
“O, ok!” Tangan prof tu laju mengemas buku-buku di atas meja. Konon tidak kisah. Konon tidak berhati perut. Ego.
***************************************************************************
Sepanjang perjalanan, bibir Maria tak henti mendoakan. Gelisah lain macam. Apa dah ajdi dengan Ammar dia?
Makin hampir dengan wad 4-14, makin gelisah.Makin tak keruan. Akhirnya dia sampai.
“akak,” teresak suara Ammar.
“Kenapa ni Ammar?” cemas dia menyoal.
“Doktor dah tutup mata ibu akak,” kali ini badan Maria dipeluk erat. Kuat yang teramat. Tak pernah dipeluk seerat itu. Tak pernah budak kecil itu menangis. Tabah dia hari itu rapuh. Sedih Ammar dirasai dengan pelukan yang tersangat kuat.
Tidak meraung. Tidak meratapi. Hanya menangis. Sedar ibu yang ada telah pergi dijemput Illahi. Untuk budak sekecil itu, tabah dia luar biasa. Tarbiyah ibu dari kecil sungguh luar biasa.
Ayat yang keluar dari bibir Ammar masih terserlah ketabahan dia.
“Allah sayang ibu, Allah sayang ibu,” berulang-ulang ayat itu disebut dengan esakan yang makin tidak kedengaran.
***************************************************************************
*Flashback*
“Awak nampak budak kecil baju merah tu?” Doktor poyo itu menuding ke arah seorang budak lelaki.
“kenapa dengan dia?” Maria bersahaja membalas.
“Saya rawat ibu dia, pergilah belajar erti tabah dengan dia,” Doktor itu masih poyo. Hanya memeluk tubuh.
Maria tunduk. Kaki tak bergerak. Keras disitu. Dr Hafiz sudah berlalu. Tapi dia masih tak berganjak. Masih berfikir.
Tarik nafas. Kaki digerakkan.
***************************************************************************
“Dr, terima kasih,” Maria memulakan perbualan. Ammar sudah tenang. Menanti di ruang menunggu untuk membawa ibunya pulang.
“No hal, takdelah awak nampak gelap langit awak je,” Doktor Hafiz tak kesudah dengan nada poyo dia.
Maria tunduk. Hanya tersenyum. Berkira nak pergi tanpa ada ‘a good ending’. Malu dengan doktor muda didepan dia.
Setapak dua dia bergerak. Hati masih berat. Nak ucap terima kasih tak jumpa a good ending.  Atau hanya berlalu pergi macam tak pernah jumpa. Tak pernah kenal.
“Maria! Jaga Ammar elok-elok,” akhirnya, doktor muda itu menoktahkan perakhiran yang agak baik.
Maria hanya mengangguk dan berlalu pergi.
**************************************************************************




p/s
-Dan mati itu bukan perpisahan, tetapi pertemuan kekal abadi dengan Kekasih, Allah.
-Untuk mereka yang pernah hadir dalam hidup dan telah pergi, moga baik-baik di dunia sana, moga ketemu di syurga. Doakan perjuangan aku.
-Untuk mereka yang pernah hadir dan masih hidup, terima kasih untuk semua. 

Saturday, 28 December 2013

Allah makes me strong

Leeya menyelongkar beg sandang warna hitam miliknya. Satu persatu barang dalam beg tu dibuangkan. Cemas Tuhan je yang tahu.
“Cari ni?” suara garau seorang laki menerjah ke dalan cuping telinganya. Anak matanya mengikut perlahan dari bawah kaki lekaki tu hingga bertembung kedua anak mata.
“aaah,” laju Leeya mengiyakan. Bibir senyum tanda syukur. Beg kecil warna pink dicapai. Lega!
“ubat?” sepatah lelaki tersebut menyoal.
Laju Leeeya mengangguk. Tak berselindung.
“sakit apa?” nada ingin tahu dilontar lelaki tersebut.
“leukimia tuan,” Leeya balas sepatah. Tak berselindung. Tak juga sedih. Tak juga gentar.
Lelaki yang dibahasakan ‘tuan’ oleh Leeya mempamerkan  muka terkejut. Mulut dia berat hendak menyoal sesuatu.
“err, tuan ada nak tanya something ke?” Leeya laju menyoal seperti tahu apa yang menari di dalam kepala lelaki tersebut.
“aah, ada,” ketar suara pensyarah muda di hadapan Leeya.
“emm, dah berapa ..” tersekat suara lelaki tersebut. Nak dilontar tak sanggup tapi hati melonjak nak tahu.
“ Tuan nak tanya dah berapa lama saya sakit atau lagi berapa lama saya boleh hidup,” Leeya seperti faham bicara kotak pemikiran pensyarahnya. Bibir masih senyum. Tenang seperti biasa.
“err, dua-dua boleh?” laju En. Helmi menjawab.
“boleh tapi nanti belanja saya makan ye,” Leeya tergelak kecil.
“hah?” tercengang En. Helmi dibuatnya.
“HAHA cuak!” selamba Leeya melontar kata.
“ok, soalan pertama, alhamdulillah, dah tujuh tahun saya sakit,” Leeya bersahaja.
“untuk soalan kedua, 7 tahun lepas, doktor  kata saya boleh hidup hanya setahun, tapi ok je sampai sekarang,’ Leeya berlagak selamba lagi. Tersenyum kecil.
“tak takut mati ke?” dek kerana terlalu kagum, En Helmi melontar soalan yang agak kurang sopan. Tapi hati dia teruja nak tahu.
Leeya angkat kening. Sengih.
“tak, tuan pun akan mati jugak,” spontan Leeya menjawab.
Terkedu En. Helmi dibuatnya. Tergamam tak terkata.
“err, tapi,” En. Helmi masih teragak nak bertanya. Masih tersekat- sekat.
“Tapi awak macam tak sakit je,” terlontar juga soalan yang beku di kepala.
“ yang sakit fizikal saya bukan jiwa saya,” tenang  je Leeya menjawab. Semudah abc soalan-soalan yang diajukan pensyarah muda itu.
“but what makes you strong? En. Helmi bertanya hairan.
Leeya tunduk. Bibir masih tersenyum.
“Allah,” sepatah dia mejawab. En Helmi terdiam seketika.
“Allah makes me strong,” kali ini lebih yakin  intonasi yang dilontarkan Leeya.
“how about your family? Your friends?” En. Helmi masih mencari kekuatan si gadis genit depan dia.
“yup, they too, they make me strong but Allah make me stronger,” Leeya tersenyum dan berkira hendak berlalu pergi. Sudah terlalu lama berbahas bicara.
“Leeya, nanti dulu,” belum sempat Leeya melangkah nama dia dipanggil. Leeya hanya menjungkit kening.
“Nanti saya belanja awk coklat cadbury, favourite kan?” En Helmi tersenyum dan berlalu pergi. Kagum dengan budak perempuan depannya itu.
********************************************************************
*Dan tidak wajar aku hanya pandang  gelap langit aku tanpa melihat gelap langit orang lain. Tunduk malu dengan diri sendiri. Dan aku tak jumpa alasan yang kukuh untuk menyerah dalam setiap apa yang berlaku kerana kamu.  Sungguh Dia uji bagi yang mampu, dan kamu mampu.



 Kawan, 
untuk seketika, aku ingin setabah kau, serasional kau, sesabar kau. Terima kasih untuk semua ilmu hidup. Sungguh, kau bermakna, bibir aku sendiri tak henti sebut nama kau dalam setiap bicara doa. 
Lemah, bila aku tak mampu untuk seperti kau.
Lemah,
lemah teramat. Al-fatihah.

p/s
How can I forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be apart of me
how I wish you were still mine
*lagu blog*

Tuesday, 19 November 2013

Precious One

“ Weii, bosan giler nak mati!” Reen menjerit bagai nak keluar segala rasa. Isya buat muka poyo macam biasa. Malas nak layan.
“ Sya, kau ni takde  perasaan ke?” Reen mencebik tanda tak puas hati. Geram dengan gelagat tiada jiwa Sya.
“ Tak, aku tengah baca ayat cinta paling sweet atas muka bumi ni, kau giler ke nak bosan? Try la,” Sya beriya menjawab sambil senyum lebar ke telinga.
“ Err, aku keluar jap ye, nanti lah aku try,” Reen macam biasa, mencari sebanyak alasan yang boleh. 3 tahun jadi housemate Reen, sekali pun tak pernah Sya tengok Reen baca al-quran, dah habis cara  dia cuba, doa je yang tak putus sampai sekarang.

*********************************************************************************

[15 Ramadhan 1434H]

Syahida Jalil : Kalau online boleh hari-hari, baca al-quran pun mesti boleh hari-hari kan?

Sya meng’update’ status di facebook menggunakan telefon pintarnya.

1 min ago : Reen Alisya likes your status.

Sya tersenyum walaupun agak terkejut. Hati dia masih tak henti berdoa untuk kawan serumah dia. Tak sanggup rasanya bila susah dan senang hal dunia bersama, tapi bila sampai tang akhirat, nak sorang-sorang? Tak ada lagi prinsip ukhuwah begini yang Sya jumpa. Kalau mulut je kemain heboh nak kawan sampai syurga tapi tingkah laku macam tak nak berkawan sampai syurga, baik simpan je angan-angan tu.

*tik tok*

“ Sya,”  meleret manja suara Reen memanggil nama Sya sambil lengkap bertelekung. Perlahan-lahan Reen masuk ke dalam bilik Sya. Elok je dia menuju ke sebelah Sya.
“ Nak apa Reen sayang?” Lembut je Sya menanya.
“ Tak nak pape,” Reen sengih dua posen.
Sya jungkit kening macam biasa. Pelik!
“ Cantik tak aku hari ni?” Reen menyoal lagi sambil membetulkan telekung yang dipakainya. Sengih lagi.
Sya bantai gelak laju-laju.
“ Kau apesal mengedik sangat malam ni?” Sya menyoal, sisa gelak masih ada.
Reen senyum gegedik. Nak minta barang orang kena elok-elok.
“ Aku nak pinjam al-quran kau boleh?” Reen dah tak berdalih. Lurus menuju ke tujuan utama. Sya spontan tersenyum. Bahagia yang teramat.
“ Mestilah boleh,” Sya mengenyit mata. Bibir dia masih lagi tersenyum.
Kaki Sya laju menuju ke rak buku. Al-quran warna kuning dicapai.
“ Kau guna yang ni, yang lagi satu aku nak guna,” Al-quran kuning saiz sederhana tu sudah bertukar tangan. Reen tersenyum gembira, laju je dia memeluk Sya.
“ Aku sayang kau, serious ni!” Reen membisik perlahan.
Sya sengih tak sudah. Bahagia, Tuhan je yang tahu.

*********************************************************************************

“ Sya kau nak ke mana ni?” Reen laju menyoal bila tengok Sya cantik berbaju kurung. Agak hairan, biasanya waktu Maghrib Sya akan duduk rumah dan baca al-quran. Ni sekali keluar dengan cecantik, siapa je yang tak terkejut.
“ Aku nak keluar jap, jumpa kawan,” Sya laju menjawab sambil membetulkan baju kurung warna biru yang dipakainya. Nampaklah kekalutan nak keluarnya. Nak cepat mungkin.
“ Dah baca quran?” sepatah Reen menyoal.
“ Err, belum,” Sya tunduk malu.  Sya patah ke bilik dia semula. Dua tiga tapak dia toleh ke arah Reen balik.
“ Reen, thanks sangaat! Sayang kau,” bersemangat sungguh suara Sya. Segala rasa dihati dilontarkan. Bersyukur ada kawan seperti Reen.
Reen senyum sambil  berpeluk tubuh.
“ Ayat kau,  kalau online boleh hari-hari, takkan baca al-quran tak boleh? Lupa? Reen masih senyum.
Sya hanya mampu tersenyum. Rasa syukur dipanjatkan kepada “Tuan” segala yang ada di langit dan bumi. Hadiah sahabat seperti Reen antara yang terindah yang pernah dia ada.

*********************************************************************************

Surah Muhammad ayat 24, bila aku bukak al-quran, aku selalu ingat ayat ni. Nanges. Nanges.

“Maka  tidakkah mereka menghayati al-quran ataukah hati mereka sudah terkunci?”
[Surah Muhammad : Ayat 24]

Tuesday, 24 September 2013

RUSUK.

“Papan cerita kau dan aku cuma ada dua kemungkinan,
Sama ada belum waktunya,
Atau bukan untuk selama-lamanya”
Rusuk.
*************************************************************************
“eleh kau, tak habis-habis dengan jodoh,” Kay mencebik, bosan! 24/7 diasak dengan bebelan jodoh. Why so worry?
“aku concern je, kau kawan aku. Alaaa, normal la kalau umur macam kita talking about jodoh kan?” Meen menembak sambil sengih dua posen.
“eh?” Kay jungkit kening tanda tak setuju.
“err, kau nak cakap tak la tu kan?” Meen sudah sedia faham dengan perangai kawan baik dia.
“aku takde la nak 100% kata tak, tu selfish namanya,” nada suara Kay dah bertukar, sudah dialihkan ke mood serious.
Tarik nafas. Suasana dibiarkan sepi untuk dua tiga saat.
“ada benda yang lebih normal nak di fikirkan,” suara Kay mendatar. Hampir  tak bernada.
“apa?”  Meen laju menyoal. Muka dikerutkan.
“mati,” Kay sengih dalam serious.
Meen terkedu. Riak muka dia sudah tidak bereaksi. Antara takut dan terkejut.
“errr, mati itu memang pasti,” Meen membalas senada. Ada nada gerun di situ. Bicara tentang mati, siapa tak kecut perut? Amalan tak payah cerita la, entah cukup, entah tidak.
“tahu pun,” Kay sengih dua posen seperti biasa.
“tapi,” Meen laju membidas. Masih berusaha mempertahankan hujah jodoh dia. Setiap orang ada hak nak bersuara. Tiada yang betul dan salah dalam memberikan pandangan.
Senyap seketika.
“Aku tak nak jadi kepala angin, bajet macam aku je yang betul. So, meh sini, kau cakap apa yang kau rasa dan aku dengar, as usual, will always be your listener,” Kay tarik tangan Meen menuju ke katil saiz queen dalam bilik dia. Dua-dua duduk bersila atas katil. Dua-dua diam, diam memerah otak nak mulakan perbualan yang terbantut tadi.
“ok,” dua-dua serentak bersuara. Meen dongak kepala pandang Kay, Kay pun sama. Dua-dua sama-sama gelak memecahkan suasana yang sunyi dua tiga saat tu.
“kau mula dulu,” Meen mengalah macam biasa.
“ok, aku nak cakap, bentangkan hujah kau,” Kay sengih dua posen. Meen jungkit kening sambil ketap bibir. Geram mungkin.
“tu je?” laju Meen membalas.  Kay pun laju menggangguk sambil senyum sipu.
“errmm, mati itu memang pasti Kay, semua akan mati, Cuma tak tahu je bila, tapi jodoh pun kena fikir. Jodoh bukan datang guling-guling depan mata, tadaaa terus ada, kena fikir, kena usaha, kalau tak macam mana nak dapat,” Meen penuh semangat pertahankan hujah dia.
“mati tu pasti, kahwin tu tak pasti, jadi utamakan yang pasti dulu la kan? Siapa kata aku tak usaha?” Kay membalas dengan intonasi yang yakin.
“eh? Tak nampak pun, apa usaha kau? Cakap pasal jodoh terus tutup telinga, huh,” Meen mencebik.
“ok look, hari-hari  up status dekat facebook pasal jodoh, boleh ke jodoh datang depan mata? And can it considers as usaha?” nada yang agak memprovok di lontarkan oleh Kay.
“err,” Meen terkulat-kulat, terkebil-kebil nak menjawab.
“Meen, usaha aku mudah je, aku berdoa, aku tak tunjuk, aku tak canang satu dunia, sebab aku nak privasi antara aku dan Dia. Aku nak pinjam barang dari Dia, jadi aku kenalah mintak dengan Dia. Doakan pun usaha kan?” Kay sudah mula bertolak ansur dalam berkata.
“ok now aku faham kenapa kau buat rileks je, sebab kau sangat bergantung dengan Pemilik hati manusia. Nak hati manusia, kena minta dengan Pemilik hati manusia. Dan kau lebih pentingkan benda yang pasti,” Meen tunduk tapi suara dia masih semangat tanda faham apa yang diterang.
“Meen, jangan risau sangat pasal jodoh, perempuan yang solehah untuk lelaki yang soleh, insyaAllah. So, jom baiki diri dulu,” Kay menenangkan Meen, seakan tahu apa yang selalu Meen fikir.
Meen sengih. Terus dia peluk Kay kuat-kuat macam tak nak lepas. Kay terkedu dengan perangai spontan Meen.
“aku sayang kau sangat,” right after cakap macam tu, Meen terus lari keluar lelaju.
“Meen, kurangkan bicara mengenai hati, perbanyakkan mengingati mati,” Kay menjerit supaya Meen yang duduk luar bilik dengar.
Laju je Meen buka semula  pintu bilik Kay.
“ok Kay,” Meen kenyit mata sambil sengih.
***************************************************************************
“Kurangkan bicara mengenai hati, ajari aku tentang persiapan mati”
“Utamakan yang pasti daripada yang tak pasti. Antara mati& jodoh”
Moga Allah redha.
Moga Allah terus sayang. :)




Thursday, 15 August 2013

Cinta Bisu.


Tuhan gagahkan aku untuk semua,
Tuhan kuatkan aku untuk semua,
Kerna ini yang tak henti aku rintih dalam setiap bicara doaku

Kata tersekat ketat dihujung kerongkong,
Lafaz terhenti bukan di penghujung,
Ini suara bisu

Ini puisi tanpa lagu,
Baca tanpa nada,
Terus pergi jangan toleh

Akan aku ajarkan kau pergi tanpa kembali,
Masa lampau aku ingin kembali

Untuk seterusnya, aku perjudikan pada takdir
Aku ada keyakinan, semua akan baik mengikut perancangan Dia,
Aku tak pernah lupa, aku masih ada Tuhan 


Ini bukan madah dendam mahupun rindu,
Hanya puisi yang memerlukan titik selepas komma tanpa henti,
Selepas komma yang panjang .

*************************************
He found you lost and guided you. (93:7) 

rabbana la tuzigh qulubana ba’da iz hadaitana wahab lana mil ladunka rahmah, innaka antal wahab. 
(surah al-imran:8)


#Aku mula hadam tak semua benda yang tersekat ketat di tekak mampu aku zahir melalui tulisan. Mereka tak perlu tahu semua walau setting sudah ditukar. Tak perlu.

# Dua tahun lepas aku hadam sampai lumat, 'cinta Dia sebelum dia', tahun ini hampir goyah. Aku salah, belum lumat mungkin. Tuhan, jangan benar aku jauh.


  Tidaklah cinta sekiranya membawa jauh dari Dia.
Pergi. 
Pergi.
Pergi.


:)

Thursday, 11 July 2013

Kawan Sampai Syurga.

                Zati menari sambil tayang muka sengih kerang depan Kay. Melompat macam budak kecil, kejap ke kiri, kejap putar ke kanan balik. Muka tak lupa senyum sampai ke telinga. Memang jelas, terang lagi bercahaya lampu suluh yang Zati tengah gembira teramat.
“Kay cantik tak? Cantik tak?” kain skirt yang dia pakai di kembang-kembangkan ke kiri ke kanan. Macam tuan puteri lagaknya. Feeling like a princess kejap.
“Mestilah cantik, kau kan kawan aku, ada lah turun sikit kecantikan aku,” Kay melambung puji diri sendiri. Hujung ayat dia dah bantai gelak sakan tapi dalam hati dia mengiakan kecantikan kawan serumahnya.
“huh,” Zati mencebik, geli telinga dengar Kay puji diri sendiri. Dua tiga tapak dia ke belakang dan dia terus pusing dan laju menuju ke arah pintu.
“Kau nak ke mana ni,” Kay spontan menembak soalan.
“window shopping,” mata dikenyitkan ke arah Kay. Kedua belah kaki menyarung sandal kasual dua inci berwarna koko kuning.
Kay laju menarik tangan kanan Zati.
“Kau ni cantik tau, aku sayang kau,” dengan penuh jujur bibir Kay menutur. Zati senyum pelik. Agak hairan dengan pujian Kay.
Kay tarik nafas dalam-dalam. Cuba untuk bertenang. Otak ligat menyusun kata. Ayat yang mudah disusun tersekat kuat di anak tekaknya.
“aku nak berkawan dengan kau sampai syurga, bukan di dunia je,” intonasi Kay dikawal setenang mungkin. Muka ditundukkan, mulutnya berat untuk berbicara.
“Kalau boleh, pakailah stoking atau sarung kaki, kaki pun aurat ti,” lambat-lambat butir bicara Kay ditutur. Penuh berhati-hati. Bukan senang nak tegur, tapi sebab sayang dia beranikan diri menegur.
Apa guna mulut heboh canang satu dunia cakap nak berkawan sampai syurga tapi ilmu yang ada peram sampai lembam sorang-sorang. Apa guna ada ilmu kalau tak kuat nak tegur kesalahan kawan. Nak tegur bukan senang, macam tarik rambut dalam tepung, tepung cantik tak berselerak  rambut tak putus dua.
“alaaa, aku tak selesa la, lagipun, sandal ni ada bunga kat depan ni, boleh cover kaki aku, takde la nampak sangat,”  laju je Zati mencipta alasan.
“Raina dah sampai tu, aku pergi dulu,” Zati laju menuju ke kereta Raina. Segigih mungkin dia cuba untuk mencari alasan.
******
Kotak hitam atas meja belajar, Zati buka perlahan-lahan. Nafas ditarik dalam-dalam. Kad kecil yang diselit tepi hadiah dicapai.
“aku serious nak kawan dengan kau sampai syurga”
Handsock dan sarung kaki dikeluarkan dari kotak hitam. Zati hanya pandang sepi hadiah yang Kay bagi. Nak kata tersentuh tidak, terasa hati jauh lagi. Feelingless, dia tak tahu nak respons macam mana, bukan boleh paksa benda macam ni.
“Manusia bukan macam plasticin, ketuk terus berubah bentuk”
“Manusia bukan Ultraman, jerit bertukar terus bertukar”
Satu persatu ayat Kay berputar ligat dalam otak Zati. Putar macam radio.
“Perubahan adalah proses dan memerlukan masa”
Lagi satu ayat Kay bermain-main dalam kepala Zati.
*****
“weeii jom teman aku g kedai SoxWorld tu, nak beli stoking jap,” lagak Kay bagi arahan macam cik puan besar.
“baik boss,” Zati tabik macam orang nak berkawad. Dah hampir sebulan dia tak keluar dengan Kay, asyik sibuk berjalan dengan Raina, Kay pun ditinggalkan.
“weeii, mahalnya stoking tu, kau giler ke hape? Stoking je pun,” Muka Zati dah automatik berubah. Terkejut yang teramat apabila tertengok harga dua pasang stoking di tangan Kay.
Kay macam biasa, senyum macam cara mak-mak senyum. Lembut je, tenang tak payah ceritalah.
“aurat ni benda mahal, stoking ni lagi murah dari aurat kita, stoking ni tebal, berbaloi kot” Kay membalas dengan penuh bersahaja.
Dah penat memilih dan membayar harga yang setimpal dengan belian, Kay dan Zati laju mengorak langkah, agenda cuci mata disambung kembali.
“dah azan da ni, meh g solat dulu ti, da dekat da surau tu,” Kay membelek jam ditangan.
“meh meh meh,” Zati yang dah sedia kebudakan laju mengiyakan.
***
“asal tak letak kasut kau kat sini?” nada pelik dilontar oleh Zati. Bebanyak tempat kosng, tempat tersorok tu jugak Kay letak kasut. Dah la tempat tak berapa nak cantik nak simpan kasut.
“aku segan la weeii., aku tengok kasut tu semua memahal, kasut aku murah je,” Kay melontar suara perlahan.
“Kasut kau tu nampak lebih mahal dari kasut yang lain,” intonasi Zati selamba. Tak provoke, tak memberi semangat.
“hah?”
“kasut kau tu cover benda mahal. Even dah tertutup cantik, kau still cover kaki kau, so automatically kasut kau nampak mahal jugak,” Zati karang ayat sesedap rasa. Tangan kanan dia mengalihkan kasut Kay, tersusun rapi sebelah kasut dia dan kasut yang lain.
“Zati,” Kay pandang Zati atas bawah, tepat pada kaki, sepasang mata dia berhenti. Bibir pula automatik tersenyum. Zati dah pakai stoking yang dia beli di Sox World tadi. Mungkin tukar masa pergi tandas tadi. Bahagia, Allah je yang tahu.
“aku pun nak kawan dengan kau sampai syurga,” Zati tersenyum lebar.


_the end_

Apa guna bibir heboh canang satu dunia nak berkawan sampai syurga tapi ilmu yang ada peram sorang-sorang.
Apa guna bibir heboh canang satu dunia nak berkawan sampai syurga tapi amalan tak seiring dengan bicara bibir.


Moga Allah Redha.

Monday, 29 April 2013

REZEKI.

Penat dan lelah dengan dunia, Zira release tension dengan merayau pusing kota. Merayau tak ingat dunia. Perut dah menyanyi dan bergendang baru reti nak stop. Tu pun singgah untuk makan. warung tepi jalan jugak yang jadi pilihan. Janji bersih dan sedap. Makanan dah isi perut separuh dua mata dia menangkap satu susuk tubuh tua. Tuala kecil di leher. Peluh turun lelaju dari dahi. Pakaian agak lusuh. Hati dia tersentuh dengan susuk tubuh tua itu. Sayu. Bulan ini, dia potong duit nak derma kat masjid sebab takut bajet lari. Takut rezeki kurang. Bukan takde duit tapi TAKUT tak cukup duit. Tengok pak cik tua yang keseorangan tu dah cukup untuk dia insaf. Dia takut tak cukup duit padahal ada je sampai potong duit nak sedekah. Tapi pak cik tu, lagi susah dari dia. Tengok penampilan  dah tahu. Air muka tetap tenang. Order makanan pun ala kadar je. Nak berjimat mungkin. Selesai dia makan, dia menuju ke kaunter.

Adik makan ap?

Nasi ayam dan Milo ais.

jari jemari  akak awal 30-an tu laju menekan nombor-nombor di kalkulator. Senyum tak pernah lupa.

RM 7.70 dik.

Ok, jap, akak nampak tak pakcik baju putih tu?
Tangan Zira menuding ke arah pak cik tu, cover-cover.

Oo, yang ada janggut tu ka?

aahh. kira kan dia punya sekali tau.

Adik kenai dia ka?

eh takla, tak kenal pun. 
Sengih.

oo. nak belanja dia la ni. Dapat bonus ka?
Akak tu terus-terus asak dengan pertanyaan. 

Tak la.
sengih lagi.

_________________________________________________________________________
Hebat teguran Dia, Halus teguran Dia, Allah. Allah.

Sebab sayang Dia tegur. Belajar untuk bersyukur sebelum tersungkur. Belajar erti syukur waktu senang. 

Anda tak perlu jadi hartawan untuk jadi dermawan.



#21 yang kaya dengan rezeki bahagia. Terima kasih untuk Dia. Syukur.