Monday 28 January 2013

Bakal Jenazah!

Ain pandang dari jauh sikap seorang perempuan yang kemas beruniform putih. Biadap! Kasar! Akak yang pakai baju guard hanya tunduk dan diam. Selepas perempuan tu angkat kaki, Ain terus laju menuju ke arah akak yang kena marah tadi.

"Assalammualaikum kak,"

Ain memulakan bicara.

"Wa'alaikummussalam dik, ade ape ye, boleh akak tolong?"

Sopan. Nada masih tenang dan lembut. Ain merenung mata guard tadi, agak berkaca air mata.

"saya nampak ape yang jadi tadi, saya minta maaf bagi pihak dia,"

Ain berhati-hati memulakan bicara.

"asal adik lak yang mintak maaf? tu kawan adik ke? saudara?"

Akak yang nama Azimah tu perlahan-lahan angkat muka. Berharap, menanti jawapan.

"emm, tak,"

Kali ini Ain pulak yang tunduk.

"abis tu?"

Masih menunggu jawapan.

"err, saya tahu akak terasa, thats why mintak maaf dengan sikap saudara seislam saya tadi,"

Bicara Ain agak perlahan tapi nada Ain masih boleh ditangkap oleh kak Azimah.

"takpelah dik, akak dah biasa dah. Budak tu bakal doktor, akak ni guard je. Biasiswa dorang tu pun ntah-ntah same banyak dengan gaji akak ni hah,"

Akak Azimah masih merendah diri. Bibir dia masih tersenyum.


"akak ni bukan soal bakal doktor atau tak, ini pasal adab, dia belum tentu jadi doktor kak, tak perlu nak bermegah dengan title bakal tu, kuasa Allah kita tak tahu,"

Ain yang tadi malu-malu kucing sudah bertukar ke mood semangat. Segala macam perasaan yang dia pendam dilontarkan.

Guard yang nama Azimah tadi agak tergamam.

"Allah, ada lagi orang macam adik ni, moga Allah merahmati hidup bakal jenazah yang depan akak ni,"

Kali ni, Ain pulak yang tergamam. Lambat-lambat bibir dia senyum.

"ye akak, saya bakal jenazah dan itu pasti,"
Senyum.


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kaum (lelaki) mencemuh kaum lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang dicemuh) itu lebih baik daripada mereka(mencemuh); dan janganlah pula perempuan-perempuan (mencemuh) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada perempuan (yang mencemuh); Jangalah kamu mencela antara satu sama lain dan janganlah memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik)  setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim."
 Al-hujurat ayat sebelas.

****************************************************************************

nota kaki :

 1) Jangan bangga dengan segala title bakal yang kita ada, sebab hanya satu title bakal je yang  confirm iaitu Bakal Jenazah.
2) Cerita ni dah diadun dengan penuh kasih sayang oleh penulis yang tak bertauliah yang sudah ditukar segala macam setting cerita mengikut ajinomoto penulis sendiri .


Thursday 24 January 2013

CEMBURU.

Aku cemburu dengan latah bibir kamu.
Latah kamu 'latah' zikrullah.
Aku cemburu dengan perhiasan kamu.
Perhiasan kamu perhiasan syurga.

Sedang kamu berlumba dalam beribadatmu.
Aku masih bertatih dalam mencari.
Sedang kamu bergunung dengan ilmu kamu.
Aku masih landai dalam mencari

2013, aku menghampiri 21..dua dekad lebih.
21 yang masih miskin dengan amal.
21 yang masih fakir dengan ilmu.
21 yang masih kedekut dengan zikrullah.
21 yang masih sombong dengan al-quran.
21 yang masih cemburu.


************
I'm on my way, insyaAllah.


p/s, sungguh cemburu itu sakit. Aku tidak puitis, ini hanya contengan hati.

Monday 7 January 2013

Tiga Ratus Enam Puluh Darjah.


Mata Fara melilau mencari Min, mesej kata dah sampai tapi batang hidung pun tak nampak.
Beep. Beep
    “weeii makcik, kau kat mane?”
Sent. Fara mengeluh.
Ringtone lagu Annie, Fly me away memekak dalam tengah-tengah kebisingan. Fara senyum.
“Weii makcik, kau kat mana? Dah berjanggut aku tunggu ni hah,”
Fara dah membebel.
“aku dah nampak kau, aku kat depan bangunan kuning ni,”
Min lambai-lambai ke arah Fara. Mata Fara menangkap kelibat seorang  perempuan. Senyum. Kaki dia laju menuju ke arah Min.
“Min kau ke ni? Sejak bile kau pakai tudung ni? Cantik!”
Fara agak tergamam.
“ haha aku la ni, tak bunian kot. Cantik? Aku tahu aku memang cantik,”
Kawan baik Fara yang sorang tu memang perasan tahap gaban. Tapi Min memang cantik. Tak dinafikan.
Azan zuhur berkumandang. Min letak jari dibibir tanda senyap. Fara senyum.
“weii, kau tunggu sini jap, aku nak solat,”
Fara melangkah setapak nak menuju ke surau.
“jap tunggu, aku nak ikut, boleh?”
Min cepat memegang tangan kanan Fara. Fara senyum dan angguk.
****
“Fara kau ajar aku ambil wudhu` boleh?”
Suara Min agak perlahan tapi telinga Fara boleh menangkap butir bicara Min. Fara senyum dan hanya mengangguk.
Min belajar ambil wudhu` dari A hingga Z. Wanita bertudung merah yang duduk di sebelah Min tersenyum sinis. Ekor mata Min perasan gerak bibir wanita tudung merah  tu. Selepas selesai, Min dan Fara laju menuju ke tempat solat.
“Nak solat sekali?”
Fara laju menyoal. Ikhlas. Min hanya menggeleng. Fara faham. Min duduk di belakang Fara, memerhati ‘senaman’ solat Fara. Senyum.
“dik, tak solat ke?”
Wanita bertudung merah tadi bertanya.
“tak, saya tak reti?”
Min jujur dan hanya menunduk muka.
“dah umur berapa ni? Berdosa tak solat ni, yang kawan awak tu pun tak nasihat kan ke? Mak bapak awak? Budak zaman sekarang ni, bertudung kemain cantik, solat tak reti jaga,”
Nada wanita itu agak sinis.
“kak, saya bukan..”
“bukan taknak solat? Jangan bagi alasan tak reti, berdosa,”
Wanita bertudung merah itu terus menghentam. Seorang perempuan melambai-lambai ke arah wanita tu. Dia memandang ke arah Min dan berlalu pergi. Min berasa agak lega.
Fara yang masih bertelekung terus menuju ke arah Min.
“weii, jangan amik hati, akak tu tak tahu,”
Nada suara Fara agak perlahan. Ikhlas. Min hanya menggeleng.
“weii,”
Min mula bersuara. Fara angkat kening.
“aku selalu nampak kau post kat FB, berkawan sampai syurga,  kau tagged orang lain, tapi kau tak pernah tag aku pun. Kau tak nak berkawan sampai syurga dengan aku ke?”
Gulp. Fara terdiam.
“eh tak, bukan macam tula,”
Fara hilang kata.
“kau tahu tak aku sebab aku belajar bertudung, puasa apa semua ni? Tahu tak kenapa? Bukan just sebab nak get along dengan korang je, tapi sebab aku rasa something tentang Islam ni. Aku nak belajar. Bukan hanya belajar, tapi nak jadi Islam yang sebenar-benarnya,”
Min meluahkan rasa. Fara setia mendengar.
“Even orang Islam sendiri pun, ramai tak bagi dorongan dekat aku,”
Min tundukkan muka. Nada sedih.
“tu mereka, bukan aku. Aku akan selalu support kau,”
Fara renung tepat ke arah mata Min. Min senyum.
“aku tahu! Sebab kau Farah Aina Nasir,”
“Aku nak belajar Islam dan nak convert. Ajarkan aku tentang Islam, boleh?”
Fara tergamam. Syukur! satu anugerah buat dia.
“boleh, nanti aku carikan ustazah untuk kau, aku ni ajar yang basic-basic bole la,”
Fara tersengih. Tangan dia mencapai beg dan mengambil tafsir al-quran. Tafsir al-quran warna merah tu dah bertukar tangan.
“untuk kau, yang betul-betul mencari akan jumpa,”
Fara tersenyum. Min agak terkejut.
“errr, aku boleh pegang ke?”
Min ragu-ragu. Fara laju mengangguk.
“taknak la, aku tahu kau sayang al-quran ni. Aku yang nak belajar, so aku lah yang kena cari sendiri,”
Min menghulur balik ke arah Fara. Fara menolak lembut.
“Sebab aku sayanglah, aku bagi kau, Min Yi oii”
Fara senyum lagi. Nama gadis cina itu disebut.
“thanks weeii, dah lah, cepat siap, aku tunggu kau kat luar. Tadi nak shopping sangat,”
Min bangun dan menuju perlahan ke arah pintu keluar. Dua tiga langkah dia berjalan, dia berhenti dan menoleh ke arah Fara.
“aku nak berkawan dengan kau sampai syurga,”
Fara senyum lebar.
“aku pun,”
Min mengorak langkah keluar. Fara mencapai smart phone dia.
             “Aku ingin berkawan sampai syurga dengan Min Yi <3”
Facebook status updated!
***
Kalau betul ingin bercinta, bercinta sesungguhnya. Jangan dititikkan. Jangan dinoktahkan. Bercinta biar sampai syurga. Friend till jannah. :D
InsyaAllah, sayang aku sampai syurga. InsyaAllah, kasih aku juga sampai syurga. 


p/s    a big change starts with a small change. senyum.